Judul : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang Tahan 78 PATI, Selepas Serbu Tiga Kilang Di Gebeng Dan Gambang
link : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang Tahan 78 PATI, Selepas Serbu Tiga Kilang Di Gebeng Dan Gambang
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang Tahan 78 PATI, Selepas Serbu Tiga Kilang Di Gebeng Dan Gambang
KUANTAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 78 pendatang tanpa izin (PATI) selepas menyerbu tiga kilang di kawasan perindustrian Gebeng dan Gambang di sini, semalam.
Pengarah JIM Pahang, Nursafariza Ihsan, berkata warga asing itu ditahan oleh 60 anggota penguatkuasa JIM dalam operasi selama tujuh jam bermula jam 10 pagi.
Katanya, serbuan menerusi 'Op Gempur Sasar" itu memberi tumpuan kepada tiga kilang, masing-masing dua di kawasan Gebeng dan satu di Gambang.
"Lebih 300 orang diperiksa dan daripada jumlah itu, seramai 74 lelaki dan empat wanita berusia dalam lingkungan 40-an ditahan kerana tidak memiliki dokumen .
"Kebanyakan Pati terbabit adalah warga Bangladesh dan China, diikuti Kemboja, Myanmar, Vietnam, Pakistan dan Sri Lanka.
Dalam operasi ini, majikan mereka akan dipanggil untuk membantu siasatan.
"Ada antara mereka cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran kami di premis kilang itu tetapi anggota penguatkuasa berjaya mengepung kawasan itu dan menahan mereka," katanya.
Nursafariza berkata, semua PATI itu disiasat kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan dibawa ke pejabat JIM Pahang di Indera Mahkota, di sini untuk tindakan selanjutnya. #HarianMetro
Demikianlah Artikel Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang Tahan 78 PATI, Selepas Serbu Tiga Kilang Di Gebeng Dan Gambang
Anda sekarang membaca artikel Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang Tahan 78 PATI, Selepas Serbu Tiga Kilang Di Gebeng Dan Gambang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/05/jabatan-imigresen-malaysia-jim-pahang.html

0 Response to "Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang Tahan 78 PATI, Selepas Serbu Tiga Kilang Di Gebeng Dan Gambang"
Catat Ulasan