Loading...

Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Mohd Zarimi Abu Zih Al-Hafiz Terima Anugerah Tokoh Pendidik Muda

Loading...
Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Mohd Zarimi Abu Zih Al-Hafiz Terima Anugerah Tokoh Pendidik Muda - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Mohd Zarimi Abu Zih Al-Hafiz Terima Anugerah Tokoh Pendidik Muda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Mohd Zarimi Abu Zih Al-Hafiz Terima Anugerah Tokoh Pendidik Muda
link : Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Mohd Zarimi Abu Zih Al-Hafiz Terima Anugerah Tokoh Pendidik Muda

Baca juga


Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Mohd Zarimi Abu Zih Al-Hafiz Terima Anugerah Tokoh Pendidik Muda


KOTA SARANG SEMUT: Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Mohd Zarimi Abu Zih Al-Hafiz, telah dinobatkan sebagai Tokoh Pendidik Muda sempena Program Himpunan Pendidik dan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2025, berlangsung di Dewan Dato’ Hj. Fadzil Mohd Noor, di sini semalam.

Program anjuran Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA) dengan kerjasama pelbagai agensi pendidikan itu menghimpunkan ribuan pendidik dari seluruh Malaysia dengan objektif memperkukuh jaringan profesionalisme dan menyemarakkan semangat keguruan.

Ustaz Zarimi yang kini bertugas sebagai Mudir Maahad Tahfiz Al Istiqamah (MTIS), Temerloh, diberi pengiktirafan atas sumbangan luar biasa beliau dalam bidang pendidikan tahfiz dan dakwah.

Di bawah kepimpinan beliau, MTIS telah meraih pencapaian membanggakan seperti mendapat tempat ketiga dalam Anugerah Hafazan Terbaik Tahfiz Swasta Pahang 2024 dan kejayaan pelajar ke peringkat kebangsaan dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran.

Pemegang Diploma Pendidikan dari IPG Kuala Lipis ini merupakan graduan Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Darul Quran JAKIM, dan Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra Mesir. 

Sepanjang karier, beliau pernah berkhidmat di institusi pendidikan kerajaan dan swasta, antaranya Maahad Al Sultan Ahmad Shah Ad Dini, Jengka, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5, Wangsa Maju serta Akademi Al Baghdadi, Gombak.

Beliau turut pernah menerima pelbagai anugerah termasuk Anugerah Guru Cemerlang dan Anugerah Khas Dewan Pemuda PAS Pahang pada 2016.

Anugerah ini mengiktiraf peranan beliau sebagai pendidik muda yang berdedikasi tinggi, berilmu dan komited dalam memartabatkan pendidikan Islam selaras dengan tema program, “Bersama Memartabatkan Pendidikan Islam”.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang turut menyampaikan beberapa anugerah penghargaan kepada tokoh-tokoh pendidik negara. #HarakahDaily



Demikianlah Artikel Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Mohd Zarimi Abu Zih Al-Hafiz Terima Anugerah Tokoh Pendidik Muda

Sekianlah artikel Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Mohd Zarimi Abu Zih Al-Hafiz Terima Anugerah Tokoh Pendidik Muda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Mohd Zarimi Abu Zih Al-Hafiz Terima Anugerah Tokoh Pendidik Muda dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/05/ketua-pemuda-pas-pahang-ustaz-mohd.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Mohd Zarimi Abu Zih Al-Hafiz Terima Anugerah Tokoh Pendidik Muda"

Catat Ulasan

Loading...