Loading...

Kutipan Hasil Pahang Cecah Lebih RM400 Juta Setakat Ini, Landasan Betul Catat Lebih RM1 Bilion Seperti Sebelumnya

Loading...
Kutipan Hasil Pahang Cecah Lebih RM400 Juta Setakat Ini, Landasan Betul Catat Lebih RM1 Bilion Seperti Sebelumnya - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kutipan Hasil Pahang Cecah Lebih RM400 Juta Setakat Ini, Landasan Betul Catat Lebih RM1 Bilion Seperti Sebelumnya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kutipan Hasil Pahang Cecah Lebih RM400 Juta Setakat Ini, Landasan Betul Catat Lebih RM1 Bilion Seperti Sebelumnya
link : Kutipan Hasil Pahang Cecah Lebih RM400 Juta Setakat Ini, Landasan Betul Catat Lebih RM1 Bilion Seperti Sebelumnya

Baca juga


Kutipan Hasil Pahang Cecah Lebih RM400 Juta Setakat Ini, Landasan Betul Catat Lebih RM1 Bilion Seperti Sebelumnya

KUALA LIPIS: Kutipan hasil negeri Pahang mencecah lebih RM400 juta setakat ini, sekali gus berada di landasan yang betul untuk mencatat kutipan lebih RM1 bilion seperti tahun sebelumnya.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata jika dibandingkan dengan tempoh sama pada tahun lepas, prestasi kutipan hasil negeri pada tahun ini dilihat lebih baik.

“Kutipan hasil ini dapat dicapai kerana kita berupaya menguruskan ketirisan dan kebocoran selain anak-anak syarikat kerajaan negeri berjaya mencatat keuntungan,” katanya pada sidang media selepas Program FGV Seikhlas Hati: Majlis Sumbangan FGV bersama Menteri Besar Pahang di Masjid Sultan Ahmad Shah di Sungai Koyan di sini petang tadi.

Pada program berkenaan, FGV menyalurkan bantuan RM80,000 daripada zakat wakalah perniagaan kepada 200 penerima asnaf, iaitu setiap individu menerima wang tunai RM300 dan hamper barangan SAJI bernilai RM50.

Di samping itu, Masjid Sultan Ahmad Shah di Sungai Koyan turut menerima sumbangan berjumlah RM10,000. 

Wan Rosdy berkata antara resipi kejayaan itu adalah kerjasama erat yang dipamerkan oleh semua pihak meliputi pemimpin, penjawat awam dan agensi kerajaan dalam usaha memajukan negeri Pahang.

“Saya sangat berpuas hati dengan apa yang dicapai, ia bukan usaha saya seorang tetapi usaha semua pihak seperti satu pasukan dan kita bekerja juga dalam suasana kekeluargaan,” katanya.

Mengulas mengenai kerjasama baharu kerajaan negeri bersama FGV yang akan dilakukan pada masa hadapan, beliau mengakui pelbagai perancangan sedang dilaksanakan dan ia tidak boleh diumumkan sebelum dimuktamadkan. #Bernama



Demikianlah Artikel Kutipan Hasil Pahang Cecah Lebih RM400 Juta Setakat Ini, Landasan Betul Catat Lebih RM1 Bilion Seperti Sebelumnya

Sekianlah artikel Kutipan Hasil Pahang Cecah Lebih RM400 Juta Setakat Ini, Landasan Betul Catat Lebih RM1 Bilion Seperti Sebelumnya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kutipan Hasil Pahang Cecah Lebih RM400 Juta Setakat Ini, Landasan Betul Catat Lebih RM1 Bilion Seperti Sebelumnya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/05/kutipan-hasil-pahang-cecah-lebih-rm400.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kutipan Hasil Pahang Cecah Lebih RM400 Juta Setakat Ini, Landasan Betul Catat Lebih RM1 Bilion Seperti Sebelumnya"

Catat Ulasan

Loading...