Judul : Orang Ramai Diingatkan Agar Jangan Terpedaya Akaun TikTok Palsu Guna Nama Tengku Ampuan Pahang
link : Orang Ramai Diingatkan Agar Jangan Terpedaya Akaun TikTok Palsu Guna Nama Tengku Ampuan Pahang
Orang Ramai Diingatkan Agar Jangan Terpedaya Akaun TikTok Palsu Guna Nama Tengku Ampuan Pahang
KUANTAN: Orang ramai dinasihat agar tidak terpedaya dengan kewujudan akaun TikTok palsu menggunakan nama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang, Istana Pahang memaklumkan bahawa pihaknya telah mengesan akaun TikTok dengan nama pengguna ‘tunkujrpxfx4’ yang menyamar sebagai Tengku Ampuan Pahang.
Lebih membimbangkan, akaun tersebut turut membuat beberapa hantaran berunsur jelek dan tidak wajar.
“Tengku Ampuan Pahang hanya memiliki akaun media sosial yang aktif di Instagram dan ia adalah bersifat peribadi.
“Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pula hanya mempunyai satu akaun di Instagram dengan nama ‘this.7’,” katanya.
Istana Pahang menjelaskan, segala aktiviti atau sebarang titah rasmi hanya disiarkan menerusi platform media sosial Kesultanan Pahang.
Setakat ini, hanya satu akaun rasmi Kesultanan Pahang di Facebook dan memiliki kira-kira 722,000 pengikut.
“Platform rasmi Kesultanan Pahang di media sosial lain seperti Instagram, TikTok, YouTube dan aplikasi X juga hanya menggunakan nama ‘Kesultanan Pahang’ manakala portal rasmi Istana Pahang adalah istanapahang.my,” menurut kenyataan itu. #MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel Orang Ramai Diingatkan Agar Jangan Terpedaya Akaun TikTok Palsu Guna Nama Tengku Ampuan Pahang
Anda sekarang membaca artikel Orang Ramai Diingatkan Agar Jangan Terpedaya Akaun TikTok Palsu Guna Nama Tengku Ampuan Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/05/orang-ramai-diingatkan-agar-jangan.html
0 Response to "Orang Ramai Diingatkan Agar Jangan Terpedaya Akaun TikTok Palsu Guna Nama Tengku Ampuan Pahang"
Catat Ulasan