Loading...

Lagi Bekas Pemimpin MCA Di Pahang Sertai Bersatu, Sayap Ahli Bersekutu Parti Itu Akan Diperluaskan

Loading...
Lagi Bekas Pemimpin MCA Di Pahang Sertai Bersatu, Sayap Ahli Bersekutu Parti Itu Akan Diperluaskan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lagi Bekas Pemimpin MCA Di Pahang Sertai Bersatu, Sayap Ahli Bersekutu Parti Itu Akan Diperluaskan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lagi Bekas Pemimpin MCA Di Pahang Sertai Bersatu, Sayap Ahli Bersekutu Parti Itu Akan Diperluaskan
link : Lagi Bekas Pemimpin MCA Di Pahang Sertai Bersatu, Sayap Ahli Bersekutu Parti Itu Akan Diperluaskan

Baca juga


Lagi Bekas Pemimpin MCA Di Pahang Sertai Bersatu, Sayap Ahli Bersekutu Parti Itu Akan Diperluaskan

BENTONG: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus memperkukuhkan kedudukannya di Pahang dengan kemasukan bekas pemimpin MCA tempatan ke dalam parti itu.

Perkembangan terbaharu menyaksikan bekas Ketua MCA Rompin, Lee Yoke Kwang, turut menyertai Bersatu, sekaligus menandakan penubuhan sayap bukan bumiputera Bersatu di Rompin.

Ini merupakan sayap ahli bersekutu ketiga parti itu di Pahang, selepas Bentong dan Indera Mahkota.

Ketua Sayap Ahli Bersekutu Bersatu Pahang, Leong Kim Soon, yang juga merupakan bekas setiausaha agung Pemuda MCA, mendedahkan bahawa selain tiga bahagian tersebut, sayap baharu juga akan ditubuhkan di tiga bahagian lain di Pahang.

“Matlamat kami adalah mewujudkan sayap ahli bersekutu di setiap 14 kawasan Parlimen di Pahang,” katanya kepada Sinchew Daily.

Beliau turut menyasarkan penambahan jumlah sayap ahli bersekutu kepada enam menjelang Jun.

Kim Soon menegaskan bahawa penerimaan ahli bukan bumiputera oleh Bersatu membuktikan keterbukaan parti.

“Selain itu, ketua sayap ahli bersekutu juga merupakan naib presiden parti di peringkat nasional, manakala ketua sayap ahli bersekutu di peringkat bahagian akan menjadi naib ketua dalam Bersatu bahagian.

“Keterbukaan yang ditunjukkan oleh Bersatu adalah sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh banyak parti Melayu lain,” ujarnya.

Selain Kim Soon, bekas timbalan pengerusi MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon, sebelum ini turut membawa kira-kira 10 orang menyertai Bersatu.

Hiap Boon menyifatkan struktur kemajmukan kaum dalam Bersatu sangat mirip dengan keadaan Barisan Nasional (BN) pada peringkat awal.

“Penghijrahan” politik daripada MCA kepada Bersatu dipercayai berpunca daripada kekurangan peluang untuk MCA bertanding dalam pilihan raya akibat kerjasama antara UMNO dan DAP.

Situasi ini menimbulkan rasa tidak puas hati di peringkat akar umbi MCA, yang mempersoalkan masa depan parti.

Terdapat penganalisis malahan berpendapat bahawa MCA berkemungkinan akan meninggalkan BN dan menyertai Perikatan Nasional (PN). #MalaysiaGazette



Demikianlah Artikel Lagi Bekas Pemimpin MCA Di Pahang Sertai Bersatu, Sayap Ahli Bersekutu Parti Itu Akan Diperluaskan

Sekianlah artikel Lagi Bekas Pemimpin MCA Di Pahang Sertai Bersatu, Sayap Ahli Bersekutu Parti Itu Akan Diperluaskan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lagi Bekas Pemimpin MCA Di Pahang Sertai Bersatu, Sayap Ahli Bersekutu Parti Itu Akan Diperluaskan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/05/lagi-bekas-pemimpin-mca-di-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lagi Bekas Pemimpin MCA Di Pahang Sertai Bersatu, Sayap Ahli Bersekutu Parti Itu Akan Diperluaskan"

Catat Ulasan

Loading...