Loading...

Na'im Brundage Enggan Layan Tuntutan Kerajaan Pahang Untuk Turunkan Video Kenyataan Isu Ceroboh Tanah Raub

Loading...
Na'im Brundage Enggan Layan Tuntutan Kerajaan Pahang Untuk Turunkan Video Kenyataan Isu Ceroboh Tanah Raub - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Na'im Brundage Enggan Layan Tuntutan Kerajaan Pahang Untuk Turunkan Video Kenyataan Isu Ceroboh Tanah Raub, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Na'im Brundage Enggan Layan Tuntutan Kerajaan Pahang Untuk Turunkan Video Kenyataan Isu Ceroboh Tanah Raub
link : Na'im Brundage Enggan Layan Tuntutan Kerajaan Pahang Untuk Turunkan Video Kenyataan Isu Ceroboh Tanah Raub

Baca juga


Na'im Brundage Enggan Layan Tuntutan Kerajaan Pahang Untuk Turunkan Video Kenyataan Isu Ceroboh Tanah Raub

PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Komunikasi dan Media Baharu Exco Armada Bersatu, Na'im Brundage enggan melayan tuntutan kerajaan Pahang untuk menurunkan video kenyataannya berkaitan isu pencerobohan tanah di Raub.

Pada masa sama, beliau juga meluahkan rasa kesal apabila pihak terbabit mengeluarkan tuntutan secara terbuka terhadapnya tanpa sebarang usaha untuk menghubunginya, terlebih dahulu.

"Saya ingin menegaskan bahawa saya tetap berpegang kepada kenyataan saya bahawa tiada tindakan menyeluruh telah diambil terhadap kebanyakan pekebun durian haram di Raub yang telah menceroboh kawasan berkenaan sejak lebih empat dekad yang lalu.

"Dari sudut perundangan, kenyataan saya tidak melanggar sebarang undang-undang memandangkan ia telah dibuat berdasarkan fakta yang diketahui umum, menyentuh isu yang melibatkan kepentingan awam, dan disampaikan secara jujur tanpa sebarang niat jahat.

"Saya tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan atau intimidasi seperti ini, dan akan terus bersuara sehingga tindakan tegas diambil terhadap semua penceroboh durian haram di bumi Pahang," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Bersatu, di sini, hari ini.

Semalam, Na'im Brundage diberi tempoh sehingga 10 pagi tadi bagi memohon maaf dan memadam dua videonya yang didakwa memfitnah kerajaan negeri Pahang dalam menangani isu kebun durian haram di Raub.

Pengarah Komunikasi Strategik (UKS) Negeri Pahang, Khairul Anwar Ahmad Nadzer dipetik berkata, video yang dimuat naik oleh Na'im adalah jelas berniat ingin memburukkan imej kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Na'im berkata, kerajaan negeri Pahang juga gagal menyatakan dengan jelas kandungan video yang didakwa berunsur fitnah dan tidak mengemukakan sebarang bukti kukuh.

"Mereka minta saya turunkan dua video sedangkan saya telah buat empat video berkenaan dengan isu ini, saya pun tidak pasti kandungan yang mana yang mereka ingin saya turunkan.

"Pihak kerajaan negeri boleh menghubungi saya dan kita boleh berbincang dengan lebih lanjut berkenaan dengan sebarang penurunan kandungan," katanya.

Ditanya sama ada bersedia berdepan tindakan undang-undang daripada Kerajaan Pahang, Na'im berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak terbabit. #HarianMetro



Demikianlah Artikel Na'im Brundage Enggan Layan Tuntutan Kerajaan Pahang Untuk Turunkan Video Kenyataan Isu Ceroboh Tanah Raub

Sekianlah artikel Na'im Brundage Enggan Layan Tuntutan Kerajaan Pahang Untuk Turunkan Video Kenyataan Isu Ceroboh Tanah Raub kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Na'im Brundage Enggan Layan Tuntutan Kerajaan Pahang Untuk Turunkan Video Kenyataan Isu Ceroboh Tanah Raub dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/05/naim-brundage-enggan-layan-tuntutan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Na'im Brundage Enggan Layan Tuntutan Kerajaan Pahang Untuk Turunkan Video Kenyataan Isu Ceroboh Tanah Raub"

Catat Ulasan

Loading...