Loading...

Tengku Zafrul Keluar Dan Letak Semua Jawatannya Daripada UMNO Hari Ini

Loading...
Tengku Zafrul Keluar Dan Letak Semua Jawatannya Daripada UMNO Hari Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tengku Zafrul Keluar Dan Letak Semua Jawatannya Daripada UMNO Hari Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tengku Zafrul Keluar Dan Letak Semua Jawatannya Daripada UMNO Hari Ini
link : Tengku Zafrul Keluar Dan Letak Semua Jawatannya Daripada UMNO Hari Ini

Baca juga


Tengku Zafrul Keluar Dan Letak Semua Jawatannya Daripada UMNO Hari Ini


SHAH ALAM: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan peletakan jawatan daripada semua jawatan dalam UMNO dan menyatakan hasrat untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tengku Zafrul berkata, beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO, sekali gus menamatkan penyertaannya dalam parti itu sejak tahun 1997.

Menurutnya, keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil masa yang panjang untuk menilai keserasian dan kesesuaian perjuangan politik yang ingin diteruskan.

“Pada hari ini, saya telah menghantar surat peletakan jawatan saya kepada pucuk pimpinan UMNO. Di dalam surat tersebut, saya telah menyatakan keputusan saya untuk meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.

“Keputusan ini bukan sebuah keputusan yang mudah. Sebelum membuat keputusan ini, saya telah meminta nasihat dan pandangan daripada sahabat-sahabat saya dari dalam dan luar parti termasuk daripada Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri.

“Saya telah mengambil masa yang agak panjang untuk memikirkan keputusan ini secara mendalam, terutamanya kerana UMNO adalah satu-satunya parti politik yang saya pernah sertai, sejak tahun 1997 lagi,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Jumaat.

Pada Disember tahun lalu, Tengku Zafrul mengakui bahawa terdapat perbincangan awal bersama PKR, namun masih tiada sebarang keputusan yang dibuat berhubung penyertaannya ke parti tersebut.

Tengku Zafrul berkata, individu mempunyai hak asasi dan mutlak untuk memilih landasan perjuangan kerana tanpa keserasian, mustahil seseorang itu mampu memberi perkhidmatan yang terbaik.

Dalam pada itu, beliau juga telah menyatakan niat untuk menyertai PKR kepada Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agungnya, Dr Fuziah Salleh.

“Saya akan mengikuti proses permohonan lazim untuk menjadi ahli PKR.

“Saya ingin mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, penyokong dan ahli-ahli UMNO yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan sepanjang saya aktif di dalam UMNO.

“Jasa anda tak mungkin akan terbalas dan akan saya kenang sampai bila-bila, terima kasih,” ujarnya. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Tengku Zafrul Keluar Dan Letak Semua Jawatannya Daripada UMNO Hari Ini

Sekianlah artikel Tengku Zafrul Keluar Dan Letak Semua Jawatannya Daripada UMNO Hari Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tengku Zafrul Keluar Dan Letak Semua Jawatannya Daripada UMNO Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/05/tengku-zafrul-keluar-dan-letak-semua.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tengku Zafrul Keluar Dan Letak Semua Jawatannya Daripada UMNO Hari Ini"

Catat Ulasan

Loading...