Loading...

Wan Rosdy: Hampir 96 peratus Daripada 43,126 Peneroka FELDA Di Pahang Sudah Terima Surat Hak Milik

Loading...
Wan Rosdy: Hampir 96 peratus Daripada 43,126 Peneroka FELDA Di Pahang Sudah Terima Surat Hak Milik - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan Rosdy: Hampir 96 peratus Daripada 43,126 Peneroka FELDA Di Pahang Sudah Terima Surat Hak Milik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Rosdy: Hampir 96 peratus Daripada 43,126 Peneroka FELDA Di Pahang Sudah Terima Surat Hak Milik
link : Wan Rosdy: Hampir 96 peratus Daripada 43,126 Peneroka FELDA Di Pahang Sudah Terima Surat Hak Milik

Baca juga


Wan Rosdy: Hampir 96 peratus Daripada 43,126 Peneroka FELDA Di Pahang Sudah Terima Surat Hak Milik


BERA: Hampir 96 peratus atau 41,286 daripada 43,126 peneroka FELDA di Pahang sudah menerima suratan hak milik masing-masing dan kerajaan negeri akan menyegerakan pemilikan sama kepada baki 1,840 peneroka lagi selepas ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata penyerahan hak milik tanah

FELDA itu adalah pengiktirafan terhadap keringat, pengorbanan dan kecekalan peneroka membangunkan tanah yang dahulunya kosong hingga menjadi kawasan yang subur dan makmur.

Beliau berkata, warga peneroka adalah wira pembangunan dan tulang belakang kepada kemajuan luar bandar serta penyumbang utama kepada ekonomi negara,

"Kerajaan Pahang tidak pernah melupakan jasa dan pengorbanan peneroka, penyerahan suratan hak milik yang diserahkan ini bukan sekadar sehelai dokumen, sebaliknya ia simbol pengiktirafan sah bahawa tanah ini kini benar-benar menjadi milik peneroka.

"Kita sentiasa komited membela kebajikan warga FELDA dan pelbagai usaha sudah serta sedang dilaksanakan bagi menjamin hak, masa depan dan kemajuan masyarakat FELDA di seluruh negeri.

"Antara yang kerajaan negeri laksanakan ialah melantik seorang EXCO yang menguruskan hal ehwal FELDA di negeri ini," katanya pada Majlis Penyerahan Suratan Hak milik kepada 195 peneroka FELDA Triang 3 dan Dimensi Mini Karnival FELDA Pahang 2025 di FELDA Triang 3, di sini pada Ahad.

Turut hadir, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi FELDA,

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri sudah menubuhkan Sekretariat Muafakat FELDA Pahang sebagai jambatan penghubung antara komuniti peneroka dan pihaknya bagi menangani pelbagai isu serta keperluan warga FELDA.

Beliau berkata, peruntukan RM2 juta disediakan tahun ini bagi menjayakan projek itu.

"Kita ada Projek Skim Tanah Rakyat FELDA Pahang (STRFP) bagi Fasa 1 dengan 16,035 lot rumah ditawarkan kepada generasi baharu FELDA yang layak di seluruh negeri.

"Sebanyak RM500,000 pula diperuntukkan untuk melaksanakan Program Pembangunan Usahawan Generasi FELDA menerusi Program Usahawan Makmur. Semua inisiatif ini akan diteruskan dan diperkasakan dari semasa ke semasa," katanya.

Sementara itu, Ketua Peneroka FELDA Triang 3, Abdul Wahab Jusoh bersyukur kerana penantian 39 tahun berakhir selepas menerima suratan hak milik.

"Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri yang memberi hak milik kepada kami khususnya generasi pertama dan kedua.

"Kami berikrar menjaga tanah diperoleh sebagai satu harta keluarga yang perlu diwarisi untuk generasi akan datang," katanya.

Peneroka generasi kedua, Zaleha Abu Kassim, 46, pula berkata beliau terharu kerana penantian selama 36 tahun untuk memiliki surat hak milik tercapai tetapi ibu dan bapanya sudah tiada.

"Andai ibu dan bapa saya masih ada, pasti mereka sangat gembira pada hari istimewa ini. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri, serta berjanji menjaga hak milik tanah untuk adik beradik yang lain," katanya. #BeritaHarian



Demikianlah Artikel Wan Rosdy: Hampir 96 peratus Daripada 43,126 Peneroka FELDA Di Pahang Sudah Terima Surat Hak Milik

Sekianlah artikel Wan Rosdy: Hampir 96 peratus Daripada 43,126 Peneroka FELDA Di Pahang Sudah Terima Surat Hak Milik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wan Rosdy: Hampir 96 peratus Daripada 43,126 Peneroka FELDA Di Pahang Sudah Terima Surat Hak Milik dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/05/wan-rosdy-hampir-96-peratus-daripada.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Wan Rosdy: Hampir 96 peratus Daripada 43,126 Peneroka FELDA Di Pahang Sudah Terima Surat Hak Milik"

Catat Ulasan

Loading...