Judul : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang Laksana Op Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Bermula Hari Ini
link : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang Laksana Op Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Bermula Hari Ini
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang Laksana Op Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Bermula Hari Ini
KUANTAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang melaksanakan Operasi Khas Hari Raya Aidiladha 2025 di seluruh negeri bermula hari ini sehingga 10 Jun depan.
Katanya, operasi memberi fokus kepada sembilan kesalahan utama yang sering dilakukan pengguna jalan raya agar kadar kemalangan dan kematian di jalan raya dapat dikurangkan.
“Antaranya, JPJ Pahang memberi penekanan terhadap kesalahan tidak mematuhi had laju, tidak mematuhi isyarat lalu lintas, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan memotong di laluan kecemasan.
“Pemeriksaan turut dijalankan terhadap pengangkutan awam bagi memastikan aspek teknikal, jadual perjalanan dan keboleharapan perkhidmatan terjamin,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
JPJ Pahang katanya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengguna jalan raya yang didapati melakukan kesalahan sepanjang tempoh operasi. #MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang Laksana Op Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Bermula Hari Ini
Anda sekarang membaca artikel Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang Laksana Op Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Bermula Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/06/jabatan-pengangkutan-jalan-jpj-pahang.html

0 Response to "Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang Laksana Op Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Bermula Hari Ini"
Catat Ulasan