Judul : Kerajaan Pahang Salurkan Bantuan Dana Berjumlah RM26 Juta Kepada Mahasiswa Anak Negeri Ini Sejak Tahun 2022
link : Kerajaan Pahang Salurkan Bantuan Dana Berjumlah RM26 Juta Kepada Mahasiswa Anak Negeri Ini Sejak Tahun 2022
Kerajaan Pahang Salurkan Bantuan Dana Berjumlah RM26 Juta Kepada Mahasiswa Anak Negeri Ini Sejak Tahun 2022
BANGI: Kerajaan negeri Pahang telah menyalurkan bantuan berjumlah RM26 juta kepada anak-anak Pahang yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sejak tahun 2022.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah itu termasuk peruntukan sebanyak RM8 juta yang telah disalurkan kepada lebih 20,000 mahasiswa di seluruh negara tahun ini menerusi Program Inisiatif Makmur (IM) Pahang, Kluster Siswa 2025.
Menurut beliau, bantuan itu merupakan inisiatif berterusan kerajaan negeri bagi membantu anak-anak Pahang yang sedang menuntut di IPTA seluruh negara.
“Berikutan itu, kerajaan negeri memperkenalkan satu bentuk bantuan khas pada tahun 2022 yang dikenali sebagai Bantuan Prihatin Pahang dan kini ditambah baik melalui IM Pahang.
“Kerajaan negeri akan terus melaksanakan bantuan ini kerana kita faham bahawa sebagai mahasiswa, mereka memerlukan sokongan kewangan untuk membeli peralatan dan buku sepanjang pengajian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Program IM Pahang Kluster Mahasiswa di Auditorium Pusat Permata Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Isnin.
Turut hadir Naib Canselor UKM, Profesor Dr Sufian Jusoh dan beberapa Exco Kerajaan Negeri Pahang termasuk Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Fadzli Mohamad Kamal.
Wan Rosdy turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri bercadang menambah jumlah bantuan tunai kepada lebih RM400 setahun menerusi IM Pahang Kluster Siswa pada masa hadapan, tertakluk kepada kedudukan kewangan negeri. #SinarHarian
Demikianlah Artikel Kerajaan Pahang Salurkan Bantuan Dana Berjumlah RM26 Juta Kepada Mahasiswa Anak Negeri Ini Sejak Tahun 2022
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pahang Salurkan Bantuan Dana Berjumlah RM26 Juta Kepada Mahasiswa Anak Negeri Ini Sejak Tahun 2022 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/06/kerajaan-pahang-salurkan-bantuan-dana.html





0 Response to "Kerajaan Pahang Salurkan Bantuan Dana Berjumlah RM26 Juta Kepada Mahasiswa Anak Negeri Ini Sejak Tahun 2022"
Catat Ulasan