Loading...

Ketua Polis Negara Dakwa Berlaku Kekeliruan, Aktivis Fahmi Reza Tidak Dikenakan Sekatan Pergerakan

Loading...
Ketua Polis Negara Dakwa Berlaku Kekeliruan, Aktivis Fahmi Reza Tidak Dikenakan Sekatan Pergerakan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketua Polis Negara Dakwa Berlaku Kekeliruan, Aktivis Fahmi Reza Tidak Dikenakan Sekatan Pergerakan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua Polis Negara Dakwa Berlaku Kekeliruan, Aktivis Fahmi Reza Tidak Dikenakan Sekatan Pergerakan
link : Ketua Polis Negara Dakwa Berlaku Kekeliruan, Aktivis Fahmi Reza Tidak Dikenakan Sekatan Pergerakan

Baca juga


Ketua Polis Negara Dakwa Berlaku Kekeliruan, Aktivis Fahmi Reza Tidak Dikenakan Sekatan Pergerakan

KUALA LUMPUR: Tiada sekatan pergerakan dikenakan ke atas aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata Fahmi Reza atau nama penuhnya Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin hanya disenarai dalam senarai pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Sehubungan itu, PDRM ingin menjelaskan tiada sebarang sekatan rasmi dikenakan terhadap Fahmi Reza pada masa ini.

"Bagaimanapun, nama beliau dimasukkan ke dalam senarai pemantauan pergerakan bagi tujuan rekod dan rujukan dalaman PDRM berikutan siasatan kes yang masih dijalankan oleh pihak kami.

"Penting untuk ditegaskan senarai pemantauan ini bukanlah satu bentuk sekatan pergerakan, sebaliknya sebahagian daripada prosedur pemantauan lazim yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sekatan pergerakan yang dikeluarkan ke atas Fahmi Reza semalam berlaku berikutan kekeliruan semasa proses semakan di pintu keluar negara.

Beliau berkata, sekatan pergerakan yang dikeluarkan ke atas Fahmi Reza semalam berlaku berikutan kekeliruan semasa proses semakan di pintu keluar negara.

Katanya, pihak berkaitan sedang meneliti isu itu dan langkah sewajarnya akan diambil bagi memperkemaskan prosedur sedia ada.

"PDRM kekal komited dalam melindungi dan menghormati hak kebebasan bergerak setiap rakyat Malaysia.

"Individu itu bebas untuk melakukan perjalanan keluar dan masuk seperti biasa tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen dan undang-undang berkaitan," katanya.

Semalam, media melaporkan Fahmi Reza dalam satu hantaran di media sosial mendakwa dirinya disenarai hitam daripada keluar negara selepas dia dihalang daripada berlepas ke Singapura.

Fahmi Reza dilaporkan berkata, dirinya tidak dibenarkan keluar negara atas arahan Bukit Aman dan perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). #BeritaHarian



Demikianlah Artikel Ketua Polis Negara Dakwa Berlaku Kekeliruan, Aktivis Fahmi Reza Tidak Dikenakan Sekatan Pergerakan

Sekianlah artikel Ketua Polis Negara Dakwa Berlaku Kekeliruan, Aktivis Fahmi Reza Tidak Dikenakan Sekatan Pergerakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketua Polis Negara Dakwa Berlaku Kekeliruan, Aktivis Fahmi Reza Tidak Dikenakan Sekatan Pergerakan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/06/ketua-polis-negara-dakwa-berlaku.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ketua Polis Negara Dakwa Berlaku Kekeliruan, Aktivis Fahmi Reza Tidak Dikenakan Sekatan Pergerakan"

Catat Ulasan

Loading...