Judul : Pemuda PAS Dakwa Kerajaan Pahang Kini Semakin Goyah, PAS-PN Sedia Ambil Alih Tampuk Pentadbiran Negeri
link : Pemuda PAS Dakwa Kerajaan Pahang Kini Semakin Goyah, PAS-PN Sedia Ambil Alih Tampuk Pentadbiran Negeri
Pemuda PAS Dakwa Kerajaan Pahang Kini Semakin Goyah, PAS-PN Sedia Ambil Alih Tampuk Pentadbiran Negeri
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pahang, Mohd Zarimi Abu Zih Al-Hafiz berkata, dengan hanya 24 daripada 42 kerusi Dewan Negeri, kerajaan gabungan itu terus dibelenggu krisis dalaman yang berpanjangan.
“Pertelingkahan dalaman, ketiadaan hala tuju bersama dan kegagalan menyatu gerak kerja antara dua entiti politik yang bertentangan asas perjuangannya hanya menambahkan kekeliruan serta keresahan di kalangan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, PAS dan PN Pahang telah bersedia sepenuhnya sebagai kerajaan menanti (government-in-waiting) lengkap dengan jentera parti yang kukuh, rekod pentadbiran bersih dan iltizam memperjuangkan nasib rakyat.
“Kami kini berada dalam posisi bersedia sepenuhnya sebagai kerajaan menanti untuk negeri Pahang,” katanya.
Menurut Zarimi, beberapa faktor utama memperkukuhkan kedudukan PAS dan PN sebagai pilihan utama rakyat, termasuk dominasi di kawasan luar bandar yang menjadi kubu tradisi yang majoriti Melayu.
“Jentera parti yang tersusun dan berfungsi secara konsisten, bukan hanya menjelang pilihan raya tetapi sepanjang masa.
“Faktor lain antaranya keyakinan rakyat terhadap dasar, rekod pentadbiran bersih dan keprihatinan PN terhadap isu rakyat, berbanding kegagalan kerajaan perpaduan mengurus dasar secara seragam.
“Selain itu, kewibawaan pimpinan dan tokoh PAS dan PN yang menampilkan gabungan tenaga mahir di kalangan ulama dan profesional,” katanya.
Tambahnya lagi, PAS dan PN juga terus konsisten serta istiqamah dalam melihat Melayu Islam terus bersatu demi agama, bangsa dan negara serta bersedia mengerakkan sebuah ketumbukan payung besar demi kesejahteraan rakyat berbilang kaum dan agama.
“PAS dan PN Pahang percaya bahawa arus sokongan rakyat akan terus meningkat dan menjadi gelombang besar menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
“Namun begitu, mengambil kira kemelut dalaman kerajaan negeri sekarang, tidak mustahil perubahan pentadbiran boleh berlaku lebih awal melalui saluran demokrasi yang sah.
“Kami ingin menegaskan bahawa PAS dan PN Pahang berada dalam keadaan bersiap-siaga untuk menerajui negeri demi kestabilan politik, pentadbiran cekap dan kepentingan rakyat seluruh Pahang.
“Dengan motto Teraju Pahang PAS dan PN terus menyusun langkah, menawarkan khidmat terbaik agar selepas PRU16 Pahang akan diterajui Oleh PAS dan PN,” katanya. #Harakahdaily
Demikianlah Artikel Pemuda PAS Dakwa Kerajaan Pahang Kini Semakin Goyah, PAS-PN Sedia Ambil Alih Tampuk Pentadbiran Negeri
Anda sekarang membaca artikel Pemuda PAS Dakwa Kerajaan Pahang Kini Semakin Goyah, PAS-PN Sedia Ambil Alih Tampuk Pentadbiran Negeri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/06/pemuda-pas-dakwa-kerajaan-pahang-kini.html

0 Response to "Pemuda PAS Dakwa Kerajaan Pahang Kini Semakin Goyah, PAS-PN Sedia Ambil Alih Tampuk Pentadbiran Negeri"
Catat Ulasan