Loading...

Pemuda UMNO Pahang Akan Bawa Usul Pembebasan Bekas Perdana Menteri Najib Razak Ke Perhimpunan Agung

Loading...
Pemuda UMNO Pahang Akan Bawa Usul Pembebasan Bekas Perdana Menteri Najib Razak Ke Perhimpunan Agung - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemuda UMNO Pahang Akan Bawa Usul Pembebasan Bekas Perdana Menteri Najib Razak Ke Perhimpunan Agung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemuda UMNO Pahang Akan Bawa Usul Pembebasan Bekas Perdana Menteri Najib Razak Ke Perhimpunan Agung
link : Pemuda UMNO Pahang Akan Bawa Usul Pembebasan Bekas Perdana Menteri Najib Razak Ke Perhimpunan Agung

Baca juga


Pemuda UMNO Pahang Akan Bawa Usul Pembebasan Bekas Perdana Menteri Najib Razak Ke Perhimpunan Agung


PEKAN: Pergerakan Pemuda UMNO Pahang akan membawa usul berkenaan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan pada Ogos nanti.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Mohd. Kamil Ibrahim menyifatkan bahawa proses perundangan terhadap Najib dilihat sebagai tidak adil.

Katanya, sistem penghakiman negara perlu diteliti semula kerana keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini sudah jelas iaitu melepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) bekas Perdana Menteri tersebut daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram dana syarikat pelaburan strategik, SRC International Sdn. Bhd. (SRC International) berjumlah RM27 juta.

“Yang pertamanya berkenaan titah adendum atau berkenaan pembebasan Datuk Seri Najib dengan kes yang beliau hadapi sekarang.

“Saya juga nak tegaskan sistem kehakiman kita mungkin perlu dirombak kerana kalau tengok balik sejarah atau track record yang berlaku kepada kes berkaitan SRC ni.

“Enam tahun. Secara logik akalnya, tak kan satu pun kertas pertuduhan atau dokumen tidak boleh disediakan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan di Dewan Al-Bukhary Institut Kemahiran MARA Tan Sri Yahaya Ahmad di sini hari ini.

Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan tanpa dibebaskan Najib daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram dana SRC International berjumlah RM27 juta.

Hakim K. Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan bekas Ahli Parlimen Pekan itu atas alasan kes tersebut telah berlanjutan begitu lama dan pihak pendakwaan tidak bersedia untuk memulakan perbicaraan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Kamil berkata, Pemuda UMNO Pahang sekali lagi akan mengusulkan penubuhan sekretariat khas berkaitan isu pemilikan rumah dalam kalangan anak-anak muda.

“Saya pernah juga mencadangkan kepada Menteri Besar untuk menyediakan Rumah Pahang Generasi Muda dan ia merupakan perkara yang Pemuda Pahang perjuangkan juga,” katanya. #UtusanMalaysia



Demikianlah Artikel Pemuda UMNO Pahang Akan Bawa Usul Pembebasan Bekas Perdana Menteri Najib Razak Ke Perhimpunan Agung

Sekianlah artikel Pemuda UMNO Pahang Akan Bawa Usul Pembebasan Bekas Perdana Menteri Najib Razak Ke Perhimpunan Agung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemuda UMNO Pahang Akan Bawa Usul Pembebasan Bekas Perdana Menteri Najib Razak Ke Perhimpunan Agung dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/06/pemuda-umno-pahang-akan-bawa-usul.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemuda UMNO Pahang Akan Bawa Usul Pembebasan Bekas Perdana Menteri Najib Razak Ke Perhimpunan Agung"

Catat Ulasan

Loading...