Judul : Polis Dakwa Brek Rosak Jadi Punca Insiden Lori Rempuh Kereta Di Simpang Lampu Isyarat Taman Tas Semalam
link : Polis Dakwa Brek Rosak Jadi Punca Insiden Lori Rempuh Kereta Di Simpang Lampu Isyarat Taman Tas Semalam
Polis Dakwa Brek Rosak Jadi Punca Insiden Lori Rempuh Kereta Di Simpang Lampu Isyarat Taman Tas Semalam
KUANTAN: Kegagalan brek berfungsi merupakan punca sebuah lori separa treler membawa muatan tanah merempuh kereta Perodua Bezza di persimpangan lampu isyarat Taman Tas, Batu 8, Jalan Gambang, di sini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 10.10 pagi semalam.
“Siasatan awal mendapati, lori itu dalam perjalanan dari Ipoh menghala ke Pekan, manakala kereta terbabit dari arah Taman Tas menghala ke arah Air Putih.
“Apabila sampai di lokasi kejadian, ketika sedang bergerak lurus, pemandu lori memberitahu tiba-tiba brek lori itu gagal berfungsi ketika lampu isyarat bertukar kuning,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Berikutan itu, lori tersebut telah merempuh kereta perodua Bezza dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun dan mengakibatkan kereta itu terbalik.
Video klik https://www.facebook.com/khairil.johari.858034/videos/2128337507670938
Akibat rempuhan itu, Wan Mohd Zahari berkata, lelaki itu mengalami lebam pada anggota badan dan menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini manakala keretanya rosak keseluruhan bahagian.
Beliau memalumkan, kejadian disiasat mengikut Peraturan 17 167/59.
Terdahulu, tular sebuah klip video rakaman papan pemuka kenderaan berdurasi 22 saat memaparkan kejadian kereta itu dirempuh sebuah lori dari sebelah kanan sejurus memulakan perjalanan apabila lampu isyarat bertukar hijau. #MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel Polis Dakwa Brek Rosak Jadi Punca Insiden Lori Rempuh Kereta Di Simpang Lampu Isyarat Taman Tas Semalam
Anda sekarang membaca artikel Polis Dakwa Brek Rosak Jadi Punca Insiden Lori Rempuh Kereta Di Simpang Lampu Isyarat Taman Tas Semalam dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/06/polis-dakwa-brek-rosak-jadi-punca.html

0 Response to "Polis Dakwa Brek Rosak Jadi Punca Insiden Lori Rempuh Kereta Di Simpang Lampu Isyarat Taman Tas Semalam"
Catat Ulasan