Judul : Untuk Arwah Ibu Bapa, Maulana Juhari Terima Anugerah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang
link : Untuk Arwah Ibu Bapa, Maulana Juhari Terima Anugerah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang
Untuk Arwah Ibu Bapa, Maulana Juhari Terima Anugerah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang
KUANTAN: Pengorbanan ibu bapa menjadi kunci kejayaan Mudir Madrasah Darul Uloom Al-Islamiah, Sungai Salan, Maulana Juhari Muhammad Ali yang menerima Anugerah Perkhidmatan Agama sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1447 Hijrah/2025 Masihi pada Jumaat.
Menurutnya, anugerah itu bukan miliknya seorang, sebaliknya untuk arwah ayah dan ibu yang menjadi tunjang kepada setiap kejayaan diraih hari ini.
“Perjalanan yang saya lalu sehingga berada di tempat yang saya ada sekarang ini (pengiktirafan), semuanya itu atas pengorbanan kedua-dua mereka.
"Tanpa pengorbanan dua orang ini (arwah ibu bapa) saya tidak sampai ke mana pun.
"Justeru saya pesan pada diri saya, anak-anak di luar dan pada siapa pun yang pernah meraih apa-apa capaian dalam hidup, ingat itu bukan untuk kita, tapi ia untuk mak ayah kita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis tersebut di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada Jumaat.
Anugerah disampaikan Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-bagi wakil rasmi Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad; dan Mufti Pahang, Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim. #SinarHarian
Demikianlah Artikel Untuk Arwah Ibu Bapa, Maulana Juhari Terima Anugerah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang
Anda sekarang membaca artikel Untuk Arwah Ibu Bapa, Maulana Juhari Terima Anugerah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/06/untuk-arwah-ibu-bapa-maulana-juhari.html

0 Response to "Untuk Arwah Ibu Bapa, Maulana Juhari Terima Anugerah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang"
Catat Ulasan