Loading...

Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak RM500,000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini

Loading...
Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak RM500,000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak RM500,000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak RM500,000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini
link : Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak RM500,000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini

Baca juga


Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak RM500,000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini

KUANTAN: Kerajaan Pahang meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi membaik pulih rumah ketua masyarakat orang asli atau tok batin yang uzur di seluruh negeri itu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu dibuat susulan aduan berhubung keadaan rumah tok batin yang daif dan memerlukan perhatian segera.

“Saya meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk membaik pulih rumah tok batin dan saya serahkan tanggungjawab ini kepada Orang Asli Corporation (ORACO).

"Ini kerana saya mendapat rungutan bahawa ada dalam kalangan mereka yang rumahnya agak uzur, dan memandangkan kita mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, kita luluskan serta-merta pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Karnival Apa Khabar Orang Kita dan Majlis Penyampaian Kecemerlangan Pendidikan Murid Orang Asli 2025 di Kompleks Yayasan Pahang.

Majlis tersebut turut meraikan kejayaan pelajar orang asli yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Karnival yang dianjurkan itu bertujuan mempamerkan sumbangan komuniti orang asli di Pahang dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, keusahawanan, sukan, kepimpinan dan keagamaan.

Sementara itu, Datuk Seri Wan Rosdy turut memaklumkan kerajaan negeri telah menambah peruntukan sebanyak RM11.557 juta bagi melaksanakan program kesihatan warga emas, susulan sambutan menggalakkan yang diterima daripada masyarakat. #BeritaRTM



Demikianlah Artikel Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak RM500,000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini

Sekianlah artikel Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak RM500,000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak RM500,000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/06/kerajaan-pahang-meluluskan-peruntukan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak RM500,000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini"

Catat Ulasan

Loading...