Judul : Ceramah Agama Di Negeri Pahang Perlu Mendapatkan Permit Daripada JAIP, Elak Timbul Isu Pada Masa Akan Datang
link : Ceramah Agama Di Negeri Pahang Perlu Mendapatkan Permit Daripada JAIP, Elak Timbul Isu Pada Masa Akan Datang
Ceramah Agama Di Negeri Pahang Perlu Mendapatkan Permit Daripada JAIP, Elak Timbul Isu Pada Masa Akan Datang
Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah, setiap permohonan itu akan mengambil kira pandangan Mufti Negeri agar tidak terpesong daripada landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Titah baginda, sebarang kuliah juga memerlukan tauliah yang disahkan pihak berkuasa agama negeri. Langkah itu diambil bagi menggelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat kuhsusnya di negeri tersebut.
"Saya ingin menegaskan bahawa setiap program ceramah atau kuliah yang melibatkan penceramah luar mestilah dikemukakan melalui permohonan rasmi kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
"Setiap permohonan akan dinilai dengan teliti, termasuk mengambil kira pandangan dan nasihat daripada Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang bagi memastikan pengisian tidak terpesong daripada landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah," titah baginda ketika merasmikan Masjid Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) dengan memasyhurkan masjid tersebut dengan nama baharu iaitu Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di Kuantan, malam tadi.
Dalam perkembangan sama, baginda bertitah mengingatkan semua masjid di Pahang dapat diimarahkan sebagai pusat kecemerlangan ilmu, juga sebagai pusat yang memberi manfaat kepada masyarakat terutama aspek pembentukan kerohanian, keilmuan dan juga pusat rujukan dan khidmat.
Turut mencemar duli Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Dalam majlis tersebut, baginda berkenan memotong pulut kuning sempena perayaan Hari Keputeraan baginda. #BeritaRTM
Demikianlah Artikel Ceramah Agama Di Negeri Pahang Perlu Mendapatkan Permit Daripada JAIP, Elak Timbul Isu Pada Masa Akan Datang
Anda sekarang membaca artikel Ceramah Agama Di Negeri Pahang Perlu Mendapatkan Permit Daripada JAIP, Elak Timbul Isu Pada Masa Akan Datang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/07/ceramah-agama-di-negeri-pahang-perlu.html
0 Response to "Ceramah Agama Di Negeri Pahang Perlu Mendapatkan Permit Daripada JAIP, Elak Timbul Isu Pada Masa Akan Datang"
Catat Ulasan