Loading...

Diakui Wujud Oleh Pihak Pendakwaan, UMNO Pahang Berpandangan Titah Adendum Wajar Di Laksanakan

Loading...
Diakui Wujud Oleh Pihak Pendakwaan, UMNO Pahang Berpandangan Titah Adendum Wajar Di Laksanakan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Diakui Wujud Oleh Pihak Pendakwaan, UMNO Pahang Berpandangan Titah Adendum Wajar Di Laksanakan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Diakui Wujud Oleh Pihak Pendakwaan, UMNO Pahang Berpandangan Titah Adendum Wajar Di Laksanakan
link : Diakui Wujud Oleh Pihak Pendakwaan, UMNO Pahang Berpandangan Titah Adendum Wajar Di Laksanakan

Baca juga


Diakui Wujud Oleh Pihak Pendakwaan, UMNO Pahang Berpandangan Titah Adendum Wajar Di Laksanakan

KUANTAN: Badan Perhubungan UMNO Pahang berpandangan dengan wujudnya Titah Adendum yang diakui oleh pihak pendakwaan, adalah wajar titah berkenaan dilaksanakan.

Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata UMNO Pahang turut menyambut baik serta menyokong kenyataan yang dibuat oleh 160 Ketua UMNO Bahagian dari seluruh negara yang memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan Titah Adendum itu.

Katanya, UMNO Pahang menjunjung setinggi kasih di sisi Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan mengabsahkan Titah Addendum berkaitan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Perkara itu turut diperjelaskan melalui warkah rasmi baginda yang diutuskan kepada Naib Ketua UMNO Pekan, Datuk Mohd Nizar Najib yang juga anakanda Najib pada 2 Disember 2024.

"Warkah baginda secara tidak langsung turut mengabsahkan afidavit yang dikemukakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan saya sebagai Naib Presiden UMNO dalam prosiding mahkamah terdahulu yang sebelum ini diketepikan atas alasan `hearsay," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Pahang di sini malam tadi.

Wan Rosdy yang juga Naib Presiden UMNO berkata, UMNO Pahang juga merakamkan penghargaan atas keterbukaan dan kesediaan Perdana Menteri untuk bertemu dan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik terhadap isu ini.

Mengulas lanjut mesyuarat berkenaan, beliau berkata, antara perkara penting yang dibincangkan ialah persiapan jentera UMNO Pahang untuk membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

"Selain itu, langkah awal menghadapi kemungkinan bencana banjir yang dijangka melanda Pahang," katanya.

Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. #BeritaHarian



Demikianlah Artikel Diakui Wujud Oleh Pihak Pendakwaan, UMNO Pahang Berpandangan Titah Adendum Wajar Di Laksanakan

Sekianlah artikel Diakui Wujud Oleh Pihak Pendakwaan, UMNO Pahang Berpandangan Titah Adendum Wajar Di Laksanakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Diakui Wujud Oleh Pihak Pendakwaan, UMNO Pahang Berpandangan Titah Adendum Wajar Di Laksanakan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/07/diakui-wujud-oleh-pihak-pendakwaan-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Diakui Wujud Oleh Pihak Pendakwaan, UMNO Pahang Berpandangan Titah Adendum Wajar Di Laksanakan"

Catat Ulasan

Loading...