Loading...

Sultan Pahang Seru Wartawan Wanita Di Negara Ini Terus Perjuang Isu Rakyat, Pegang Integriti Kewartawanan

Loading...
Sultan Pahang Seru Wartawan Wanita Di Negara Ini Terus Perjuang Isu Rakyat, Pegang Integriti Kewartawanan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sultan Pahang Seru Wartawan Wanita Di Negara Ini Terus Perjuang Isu Rakyat, Pegang Integriti Kewartawanan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Pahang Seru Wartawan Wanita Di Negara Ini Terus Perjuang Isu Rakyat, Pegang Integriti Kewartawanan
link : Sultan Pahang Seru Wartawan Wanita Di Negara Ini Terus Perjuang Isu Rakyat, Pegang Integriti Kewartawanan

Baca juga


Sultan Pahang Seru Wartawan Wanita Di Negara Ini Terus Perjuang Isu Rakyat, Pegang Integriti Kewartawanan

KUALA LUMPUR: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru wartawan wanita di negara ini terus memperjuangkan isu rakyat dan berpegang kepada integriti kewartawanan.

Al-Sultan Abdullah turut memuji komitmen dan sumbangan besar wartawan wanita pada masa ini yang semakin menyerlah, bukan sahaja dari segi tenaga kerja tetapi juga kualiti liputan khususnya dalam media arus perdana yang mencerminkan keupayaan mereka.

"Era digital dan kemunculan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) telah mengubah cara berita disampaikan, sekali gus menjadikan tugas wartawan lebih mencabar dan memerlukan kecekapan.

"Akhbar mungkin tidak lagi terjual seperti dahulu, cetakan pun semakin kurang tetapi dalam bentuk digital, tanggungjawab lebih besar kerana berita sekarang 24 jam. Sehubungan dengan itu, wartawan perlu serba boleh dan sentiasa bersedia," titah baginda.

Al-Sultan Abdullah hari ini menerima menghadap barisan kepimpinan Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) diketuai Presidennya Sariha Mohd Ali, Timbalan Presiden Nasriah Darus, Setiausaha Nor Hasliza Abdullah, Bendahari M Saraswathy serta ahli jawatankuasa persatuan.

Baginda turut menekankan pentingnya merit dalam bidang kewartawanan dan mengingatkan kepimpinan PERTAMA supaya terus mempertahankan etika kewartawanan dan tahap profesionalisme dalam industri itu.

"Ini bukan mengenai gender, tetapi saya percaya ia perlu diperjuangkan atas dasar merit. Tanggungjawab media hari ini sangat besar. Saya yakin dengan keikhlasan dan dedikasi, wartawan terutamanya wanita mampu terus memberi sumbangan besar kepada negara," titah baginda.

Sultan Pahang turut berharap isu semasa melibatkan rakyat khususnya di Pahang diberikan penekanan seperti pencerobohan tanah, bekalan air dan harga hasil pertanian tempatan.

"Saya rasa perkara ini agak membimbangkan. Mesti ada kesedaran dan tindakan berterusan," titah Al-Sultan Abdullah. #HarianMetro



Demikianlah Artikel Sultan Pahang Seru Wartawan Wanita Di Negara Ini Terus Perjuang Isu Rakyat, Pegang Integriti Kewartawanan

Sekianlah artikel Sultan Pahang Seru Wartawan Wanita Di Negara Ini Terus Perjuang Isu Rakyat, Pegang Integriti Kewartawanan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sultan Pahang Seru Wartawan Wanita Di Negara Ini Terus Perjuang Isu Rakyat, Pegang Integriti Kewartawanan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/07/sultan-pahang-seru-wartawan-wanita-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sultan Pahang Seru Wartawan Wanita Di Negara Ini Terus Perjuang Isu Rakyat, Pegang Integriti Kewartawanan"

Catat Ulasan

Loading...