Judul : Insiden Kematian Adik Zara Qairina, Pahang Ambil Iktibar Dan Tekan Aspek Keselamatan Di Sekolah Agama
link : Insiden Kematian Adik Zara Qairina, Pahang Ambil Iktibar Dan Tekan Aspek Keselamatan Di Sekolah Agama
Insiden Kematian Adik Zara Qairina, Pahang Ambil Iktibar Dan Tekan Aspek Keselamatan Di Sekolah Agama
PEKAN: Pengusaha sekolah agama dan maahad tahfiz di Pahang dinasihatkan agar lebih prihatin dan cakna terhadap kebajikan pelajar, khususnya dari aspek keselamatan, keselesaan serta disiplin.
Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Zaki Md Zain, berkata insiden kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, di Sabah baru-baru ini perlu dijadikan iktibar oleh semua pihak agar perkara sama tidak berulang di negeri ini.
“Institusi agama perlu sentiasa prihatin terhadap kebajikan anak-anak yang berada di sekolah agama dan madrasah.
“Kita mungkin tidak dapat menghapuskan sepenuhnya isu atau gejala seperti itu, tetapi kita akan terus berusaha untuk mengurangkannya seminimum mungkin.
“Walaupun kejadian tersebut berlaku jauh di Sabah, Pahang mengambil tindakan segera dan berterusan dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang selamat dan kondusif, terutamanya bagi anak-anak yang berada di asrama. Insya-Allah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Surat Pendaftaran Maahad dan Sekolah Agama Swasta di Dewan Syarahan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), di sini pada Isnin.
Abdul Zaki turut memaklumkan bahawa Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah menitahkan agar solat hajat diadakan di seluruh masjid di negeri ini.
Jelasnya, ia sebagai tanda penghormatan dan memohon kemudahan segala urusan bagi arwah Zara Qairina.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Islam MUIP, Mohd Ali Mat Dasir, memaklumkan sebanyak 10 institusi pendidikan agama swasta menerima surat pendaftaran dalam sesi kedua tahun ini.
Jelasnya, ia menjadikan jumlah keseluruhan 139 institusi berdaftar di seluruh Pahang. #SinarHarian
Demikianlah Artikel Insiden Kematian Adik Zara Qairina, Pahang Ambil Iktibar Dan Tekan Aspek Keselamatan Di Sekolah Agama
Anda sekarang membaca artikel Insiden Kematian Adik Zara Qairina, Pahang Ambil Iktibar Dan Tekan Aspek Keselamatan Di Sekolah Agama dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/08/insiden-kematian-adik-zara-qairina.html

0 Response to "Insiden Kematian Adik Zara Qairina, Pahang Ambil Iktibar Dan Tekan Aspek Keselamatan Di Sekolah Agama"
Catat Ulasan