Loading...

Lebih 1,000 Pelajar Daripada 20 Sekolah Sertai Fiesta Rakan Muda Pahang 2025 Di Stadum Darul Makmur

Loading...
Lebih 1,000 Pelajar Daripada 20 Sekolah Sertai Fiesta Rakan Muda Pahang 2025 Di Stadum Darul Makmur - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lebih 1,000 Pelajar Daripada 20 Sekolah Sertai Fiesta Rakan Muda Pahang 2025 Di Stadum Darul Makmur, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lebih 1,000 Pelajar Daripada 20 Sekolah Sertai Fiesta Rakan Muda Pahang 2025 Di Stadum Darul Makmur
link : Lebih 1,000 Pelajar Daripada 20 Sekolah Sertai Fiesta Rakan Muda Pahang 2025 Di Stadum Darul Makmur

Baca juga


Lebih 1,000 Pelajar Daripada 20 Sekolah Sertai Fiesta Rakan Muda Pahang 2025 Di Stadum Darul Makmur

KUANTAN: Seramai lebih 1,000 pelajar daripada 20 buah sekolah menyertai Fiesta Rakan Muda Negeri Pahang 2025, sebagai usaha memperkasa pembangunan belia menerusi pelbagai aktiviti berfaedah.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qadri berkata program itu menjadi platform penting dalam membentuk jati diri golongan remaja di Pahang ke arah kehidupan yang lebih berdisiplin dan bermatlamat.

“Program seumpama ini akan terus diadakan bagi melahirkan remaja yang berdisiplin, mempunyai sahsiah tinggi dan matlamat hidup yang jelas, sekali gus mengelak daripada pembaziran masa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada RTM selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Fiesta Rakan Muda Pahang 2025 di Stadium Darul Makmur, di sini.

Fiesta berkenaan dianjurkan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang (JBSNP) dengan kerjasama Kerajaan Negeri sebagai inisiatif menyokong pembentukan pemimpin pelapis masa depan melalui program bercorak kepimpinan, sukan, kesukarelawanan dan pembangunan komuniti.

Sementara itu, Pengarah JBSNP, Nor Azli Mohamad Daud memaklumkan pihaknya sedang mengenal pasti lokasi-lokasi sesuai bagi pembinaan baharu serta kerja penyelenggaraan fasiliti sukan di seluruh negeri.

“Tumpuan utama ketika ini adalah menaik taraf kemudahan sedia ada. Di seluruh daerah, terdapat beberapa Kompleks Rakan Muda dan kompleks sukan yang sedang melalui proses naik taraf dan akan diumumkan untuk kegunaan komuniti dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Pahang, yang memiliki 12 fasiliti sukan utama, dijangka dibuka semula kepada orang ramai awal tahun hadapan selepas proses penyelenggaraan selesai.

Nor Azli berharap segala inisiatif itu akan memberi impak positif dalam meningkatkan budaya sukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Pahang. #BeritaRTM



Demikianlah Artikel Lebih 1,000 Pelajar Daripada 20 Sekolah Sertai Fiesta Rakan Muda Pahang 2025 Di Stadum Darul Makmur

Sekianlah artikel Lebih 1,000 Pelajar Daripada 20 Sekolah Sertai Fiesta Rakan Muda Pahang 2025 Di Stadum Darul Makmur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lebih 1,000 Pelajar Daripada 20 Sekolah Sertai Fiesta Rakan Muda Pahang 2025 Di Stadum Darul Makmur dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/08/lebih-1000-pelajar-daripada-20-sekolah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lebih 1,000 Pelajar Daripada 20 Sekolah Sertai Fiesta Rakan Muda Pahang 2025 Di Stadum Darul Makmur"

Catat Ulasan

Loading...