Judul : Bersatu Pahang Aman Dan Damai, Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai PAS
link : Bersatu Pahang Aman Dan Damai, Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai PAS
Bersatu Pahang Aman Dan Damai, Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai PAS
KUANTAN: Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Pahang, Datuk Abdul Khalib Abdullah menafikan dakwaan mahu keluar daripada parti itu untuk menyertai PAS.
Beliau menolak dakwaan kononnya Bersatu Pahang bergolak serta menegaskan hubungan dengan PAS kekal baik melalui Perikatan Nasional (PN).
Tegasnya, kenyataannya itu hanyalah dalam nada gurauan ketika berceramah.
“Kalau saya nak tinggalkan parti, mungkin saya kata nak masuk UMNO, itu barulah betul. Tapi kita bersama PAS dalam komponen PN, tak timbul soal lompat parti,” katanya dalam satu kenyataan.
Ahli Parlimen Rompin itu berkata mengulas laporan sebuah portal yang merujuk petikan ucapannya ketika program ceramah sambutan ulang tahun 40 tahun PAS Rompin pada Jumaat lalu.
Dalam laporan itu, Abdul Khalib didakwa sedang mencari jalan selamat selepas Bersatu Pahang semakin lemah, dengan berdepan masalah kewangan, ketiadaan jentera dan sokongan akar umbi.
“Tak ada isu saya nak tinggalkan parti. Bersatu Pahang berada dalam keadaan aman dan damai.
“Kita sudah empat kali bermesyuarat dan sekarang fokus untuk bersama PAS menjayakan program Hogoh Jelai 30K,” tambahnya. #MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel Bersatu Pahang Aman Dan Damai, Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai PAS
Anda sekarang membaca artikel Bersatu Pahang Aman Dan Damai, Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai PAS dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/09/bersatu-pahang-aman-dan-damai-abdul.html

0 Response to "Bersatu Pahang Aman Dan Damai, Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai PAS"
Catat Ulasan