Loading...

Mahkamah Koroner Ingatkan Semua Pihak Agar Tidak Mendedahkan Sebarang Barang Kes Inkues Zara Qairina

Loading...
Mahkamah Koroner Ingatkan Semua Pihak Agar Tidak Mendedahkan Sebarang Barang Kes Inkues Zara Qairina - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah Koroner Ingatkan Semua Pihak Agar Tidak Mendedahkan Sebarang Barang Kes Inkues Zara Qairina, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah Koroner Ingatkan Semua Pihak Agar Tidak Mendedahkan Sebarang Barang Kes Inkues Zara Qairina
link : Mahkamah Koroner Ingatkan Semua Pihak Agar Tidak Mendedahkan Sebarang Barang Kes Inkues Zara Qairina

Baca juga


Mahkamah Koroner Ingatkan Semua Pihak Agar Tidak Mendedahkan Sebarang Barang Kes Inkues Zara Qairina

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner mengingatkan semua pihak agar tidak mendedahkan sebarang barang kes kepada umum sepanjang prosiding berlangsung berkaitan kes kematian Zara Qairina Mahathir.

Koroner, Amir Shah Amir Hassan membuat peringatan itu selepas menerima aduan bahawa terdapat barang kes yang didedahkan di media sosial.

“Pihak yang memiliki barang kes tidak sewenang-wenangnya berkongsi dan setiap pihak bertanggungjawab terhadap barang kes di mahkamah.

“Selagi prosiding inkues masih berjalan, mereka yang berbuat demikian boleh dianggap menghina mahkamah,” katanya sebelum mahkamah berehat pada tengah hari.

Prosiding yang memasuki minggu kedua mengemukakan pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia Malaysia, Nurul Atiqah Mohd Noh, sebagai saksi kedua yang memberi keterangan dalam inkues kematian Zara Qairina.

Saksi berusia 44 tahun itu merupakan pemeriksa dokumen yang membuat perbandingan tulisan tangan dalam dokumen berkaitan kes Zara Qairina yang dihantar ke Jabatan Kimia untuk diperiksa.

Prosiding turut dihadiri pasukan peguam sebagai pihak berkepentingan dalam kes ini iaitu ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat yang diwakili Shahlan Jufri dan Rizwandean M. Borhan, selain Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.

Turut hadir sebagai pihak berkepentingan ialah peguam mewakili bapa arwah Zara Qairina, Mahathir Hashim @ Marikin, 44, iaitu Sherzali Asli bersama dua rakan guaman, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.

Seorang daripada tertuduh kanak-kanak pula diwakili peguam Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan manakala empat lagi tertuduh diwakili peguam Azhier Farhan Arisin bersama Abdul Fikry Jaafar Abdullah.

Inkues sepanjang bulan ini dikendalikan oleh Timbalan Ketua Pendakwaan II, Datuk Badius Zaman Ahmad bersama Timbalan Pendakwa Raya yang bertindak sebagai pegawai pengendali iaitu Dana Arabi Wazani, Mohd Fairuz Johari dan Dena Dacia Jane. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Mahkamah Koroner Ingatkan Semua Pihak Agar Tidak Mendedahkan Sebarang Barang Kes Inkues Zara Qairina

Sekianlah artikel Mahkamah Koroner Ingatkan Semua Pihak Agar Tidak Mendedahkan Sebarang Barang Kes Inkues Zara Qairina kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Koroner Ingatkan Semua Pihak Agar Tidak Mendedahkan Sebarang Barang Kes Inkues Zara Qairina dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/09/mahkamah-koroner-ingatkan-semua-pihak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mahkamah Koroner Ingatkan Semua Pihak Agar Tidak Mendedahkan Sebarang Barang Kes Inkues Zara Qairina"

Catat Ulasan

Loading...