Loading...

Semakan Penyata Akaun MUIP Berjaya Bongkar Ada Pemohon Zakat Dikesan Miliki Simpanan Puluhan Ribu Ringgit

Loading...
Semakan Penyata Akaun MUIP Berjaya Bongkar Ada Pemohon Zakat Dikesan Miliki Simpanan Puluhan Ribu Ringgit - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Semakan Penyata Akaun MUIP Berjaya Bongkar Ada Pemohon Zakat Dikesan Miliki Simpanan Puluhan Ribu Ringgit, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Semakan Penyata Akaun MUIP Berjaya Bongkar Ada Pemohon Zakat Dikesan Miliki Simpanan Puluhan Ribu Ringgit
link : Semakan Penyata Akaun MUIP Berjaya Bongkar Ada Pemohon Zakat Dikesan Miliki Simpanan Puluhan Ribu Ringgit

Baca juga


Semakan Penyata Akaun MUIP Berjaya Bongkar Ada Pemohon Zakat Dikesan Miliki Simpanan Puluhan Ribu Ringgit

KUANTAN: Beberapa individu yang memohon bantuan zakat dikesan mempunyai simpanan wang mencecah puluhan ribu ringgit dalam akaun bank masing-masing.

Perkara itu terbongkar hasil semakan penyata akaun yang dijalankan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menerima bantuan zakat.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP (Baitulmal dan Operasi), Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, kes seperti itu dikesan ketika proses penilaian permohonan baharu apabila terdapat pemohon yang mempunyai simpanan luar biasa dalam akaun bank mereka.

“Bagaimanapun, ada juga kes pemohon pada asalnya tidak mempunyai simpanan, tetapi selepas menerima pampasan seperti insurans atau faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), akaun mereka menunjukkan jumlah yang besar.

“Apabila disahkan tidak layak sebagai asnaf, permohonan bantuan zakat akan ditolak serta-merta,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, bantuan zakat disediakan bagi membantu golongan asnaf menampung keperluan hidup dan bukannya untuk dijadikan simpanan jangka panjang.

“Zakat ini bukan untuk disimpan, tetapi untuk kegunaan harian.

“Jika seseorang mempunyai simpanan besar, ia menunjukkan mereka bukan lagi tergolong dalam kalangan asnaf,” jelasnya.

Dalam masa sama, Asmadi berkata, bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, MUIP telah menamatkan bantuan kepada 820 penerima zakat selepas semakan dan pemutihan data dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negeri.

Ujarnya, daripada jumlah itu, 365 individu tidak lagi layak selepas melebihi had kifayah, 207 penerima meninggal dunia, manakala 196 orang berpindah atau gagal dihubungi.

“Selain itu, seramai 23 penerima tidak menukar alamat kad pengenalan ke Pahang, 16 individu tidak memberi kerjasama, sembilan dimasukkan ke penjara dan empat lagi menamatkan bantuan atas kehendak sendiri selepas mempunyai pendapatan,” katanya.

Setakat ini, MUIP merekodkan 11,146 penerima bantuan zakat bulanan di seluruh negeri melibatkan bantuan dalam bentuk tunai dan baucar bagi meringankan beban kos sara hidup. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Semakan Penyata Akaun MUIP Berjaya Bongkar Ada Pemohon Zakat Dikesan Miliki Simpanan Puluhan Ribu Ringgit

Sekianlah artikel Semakan Penyata Akaun MUIP Berjaya Bongkar Ada Pemohon Zakat Dikesan Miliki Simpanan Puluhan Ribu Ringgit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Semakan Penyata Akaun MUIP Berjaya Bongkar Ada Pemohon Zakat Dikesan Miliki Simpanan Puluhan Ribu Ringgit dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/09/semakan-penyata-akaun-muip-berjaya.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Semakan Penyata Akaun MUIP Berjaya Bongkar Ada Pemohon Zakat Dikesan Miliki Simpanan Puluhan Ribu Ringgit"

Catat Ulasan

Loading...