Loading...

SPRM Pahang Berjaya Tahan Lima Pengusaha Kebun Musang King Di Raub, Siasat Aktiviti Pengubahan Wang Haram

Loading...
SPRM Pahang Berjaya Tahan Lima Pengusaha Kebun Musang King Di Raub, Siasat Aktiviti Pengubahan Wang Haram - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPRM Pahang Berjaya Tahan Lima Pengusaha Kebun Musang King Di Raub, Siasat Aktiviti Pengubahan Wang Haram, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM Pahang Berjaya Tahan Lima Pengusaha Kebun Musang King Di Raub, Siasat Aktiviti Pengubahan Wang Haram
link : SPRM Pahang Berjaya Tahan Lima Pengusaha Kebun Musang King Di Raub, Siasat Aktiviti Pengubahan Wang Haram

Baca juga


SPRM Pahang Berjaya Tahan Lima Pengusaha Kebun Musang King Di Raub, Siasat Aktiviti Pengubahan Wang Haram

KUANTAN: Lima peneroka haram, termasuk seorang pekerja ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan kerana disyaki mengusahakan kebun musang king di tanah hutan simpan dan tanah kerajaan tanpa kebenaran.

Menurut sumber, semua suspek berusia 40 hingga 60-an itu ditahan semasa hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Raub semalam.

"Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2024 hingga 2025 dan mereka memperoleh keuntungan daripada aktiviti haram ini sehingga mencecah ratusan ribu ringgit,” katanya.

Tambahnya, SPRM percaya empat pekebun terbabit terlibat dalam urus niaga haram itu secara turun-temurun.

"Mereka juga didapati enggan menyertai program pemutihan yang ditawarkan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd yang telah dilantik sebagai pemegang pajakan tanah sah oleh kerajaan negeri Pahang," katanya.

Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi mengeluarkan perintah reman selama empat hari bermula 29 September sehingga 3 Oktober terhadap kesemua suspek selepas permohonan dibuat oleh SPRM.

Susulan Operasi Sekat Durian Haram bermula 25 April 2024, SPRM Pahang menjalankan operasi bersepadu bersama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang dari 2 hingga 19 September.

Operasi tersebut berjaya mengenal pasti 33 lokasi kebun haram di kawasan tanah kerajaan dan hutan simpan.

Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (b) AMLATFPUAA 2001.

"Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah hasil haram atau RM5 juta, mengikut mana yang lebih tinggi, bagi sesiapa yang disabitkan melakukan pengubahan wang haram," katanya.

Mohd Shukor juga tidak menolak kemungkinan tangkapan susulan bagi membantu siasatan. #AstroAwani



Demikianlah Artikel SPRM Pahang Berjaya Tahan Lima Pengusaha Kebun Musang King Di Raub, Siasat Aktiviti Pengubahan Wang Haram

Sekianlah artikel SPRM Pahang Berjaya Tahan Lima Pengusaha Kebun Musang King Di Raub, Siasat Aktiviti Pengubahan Wang Haram kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPRM Pahang Berjaya Tahan Lima Pengusaha Kebun Musang King Di Raub, Siasat Aktiviti Pengubahan Wang Haram dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/09/sprm-pahang-berjaya-tahan-lima.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SPRM Pahang Berjaya Tahan Lima Pengusaha Kebun Musang King Di Raub, Siasat Aktiviti Pengubahan Wang Haram"

Catat Ulasan

Loading...