Judul : Sultan Pahang Berkenan Terima Sumbangan RM6.87 Juta daripada FGV Untuk Disalur Kepada MUIP, Komuniti Setempat
link : Sultan Pahang Berkenan Terima Sumbangan RM6.87 Juta daripada FGV Untuk Disalur Kepada MUIP, Komuniti Setempat
Sultan Pahang Berkenan Terima Sumbangan RM6.87 Juta daripada FGV Untuk Disalur Kepada MUIP, Komuniti Setempat
JERANTUT: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan menerima sumbangan RM6.87 juta daripada FGV Holdings Berhad (FGV) untuk disalurkan kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) serta komuniti setempat.
Daripada jumlah itu, RM4.87 juta adalah bayaran zakat perniagaan FGV bagi haul 2024 yang diserahkan kepada MUIP, manakala RM2 juta lagi disalurkan terus kepada komuniti melalui pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Al-Sultan Abdullah turut berkenan menyampaikan sumbangan tunai FGV sebanyak RM500 seorang kepada 100 penerima asnaf, selain menyempurnakan penyerahan cek cura untuk pelbagai inisiatif lain.
Antara inisiatif itu ialah pembinaan 10 unit rumah baharu untuk asnaf bernilai RM863,700, sumbangan kepada 15 institusi pendidikan melibatkan Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Kebangsaan dan Maahad serta kerja naik taraf Masjid Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR) di sini bernilai RM100,000.
Sumbangan lain membabitkan penyerahan mesin ultrabunyi bernilai RM89,000 kepada Klinik Kesihatan Chini, penyediaan van jenazah bernilai RM150,000, pelaksanaan Projek Hijrah Asnaf bersama MUIP dan Agrobank bernilai RM500,000 serta sumbangan RM100,000 kepada Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA).
Baginda menerima serta menyampaikan sumbangan berkenaan pada Program FGV Seikhlas Hati: Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dan Kurniaan Sumbangan Kumpulan FGV 2025 di PPPTR, di sini, hari ini.
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada FGV atas sumbangan zakat perniagaan berkenaan selain mendoakan syarikat itu terus berjaya pada masa akan datang.
"Saya harap FGV dapat menambah lagi zakat perniagaan ini pada tahun hadapan, insya-Allah," titah baginda.
Seiring dengan titah itu, Pengerusi FGV Tan Sri Rastam Mohd Isa berkata pihaknya komited meningkatkan jumlah zakat mengikut kemampuan syarikat pada masa depan.
Beliau berkata, program FGV Seikhlas Hati bukan sahaja menjadi platform untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat, malah berfungsi sebagai insentif kepada warga kerja syarikat supaya lebih produktif dalam mengurangkan kos, meningkatkan hasil dan seterusnya meraih keuntungan lebih besar.
"Apabila keuntungan bertambah, ia bukan sahaja memberi manfaat dalam bentuk bonus kepada warga kerja, malah membolehkan FGV menyalurkan lebih banyak zakat untuk membantu golongan yang memerlukan," katanya. #BeritaHarian
Demikianlah Artikel Sultan Pahang Berkenan Terima Sumbangan RM6.87 Juta daripada FGV Untuk Disalur Kepada MUIP, Komuniti Setempat
Anda sekarang membaca artikel Sultan Pahang Berkenan Terima Sumbangan RM6.87 Juta daripada FGV Untuk Disalur Kepada MUIP, Komuniti Setempat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/09/sultan-pahang-berkenan-terima-sumbangan.html

0 Response to " Sultan Pahang Berkenan Terima Sumbangan RM6.87 Juta daripada FGV Untuk Disalur Kepada MUIP, Komuniti Setempat"
Catat Ulasan