Judul : Bayi Perempuan Sebelas Bulan Maut, Selepas Kereta Terbabas Dan Merempuh Sekumpulan Lembu Di Simpang Kepayang Bera
link : Bayi Perempuan Sebelas Bulan Maut, Selepas Kereta Terbabas Dan Merempuh Sekumpulan Lembu Di Simpang Kepayang Bera
Bayi Perempuan Sebelas Bulan Maut, Selepas Kereta Terbabas Dan Merempuh Sekumpulan Lembu Di Simpang Kepayang Bera
BERA: Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan maut selepas sebuah kereta terbabas dan merempuh sekumpulan lembu di Kilometer 49 Jalan Kerayong–Simpang Kepayang di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, mangsa, Nur Adriana Amira Mohamad Norismail disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Bandar 32 di sini akibat kecederaan di kepala yang serius.
Menurutnya, kereta Perodua Bezza dipandu bapa mangsa, Mohamad Norismail Sani, 22, bersama isterinya, Nik Nur Aini Azierah Che Azeman, 21, dalam perjalanan dari arah Kepayang menuju ke Kerayong untuk membeli susu anak mereka.
“Siasatan awal mendapati ketika tiba di lokasi kira-kira 9.40 malam, sekumpulan lembu tiba-tiba keluar dari arah kiri ke kanan jalan menyebabkan pemandu hilang kawalan sebelum melanggar haiwan berkenaan dan terbabas ke bahu jalan.
”Bayi berkenaan masih berada dalam pangkuan ibunya ketika kejadian dan tidak tercampak keluar daripada kenderaan.
“Manakala dua daripada tiga lembu yang dilanggar mati di tempat kejadian manakala seekor lagi cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaan ketika melalui kawasan berkenaan.
Difahamkan pihak polis bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bera turut mengadakan operasi menangani masalah lembu dan kerbau berkeliaran di jalan raya pada malam sama namun kejadian berlaku lebih awal sebelum operasi bermula.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bera untuk proses bedah siasat yang akan dijalankan pada hari ini.
Kes masih dalam siasatan lanjut dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987. #MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel Bayi Perempuan Sebelas Bulan Maut, Selepas Kereta Terbabas Dan Merempuh Sekumpulan Lembu Di Simpang Kepayang Bera
Anda sekarang membaca artikel Bayi Perempuan Sebelas Bulan Maut, Selepas Kereta Terbabas Dan Merempuh Sekumpulan Lembu Di Simpang Kepayang Bera dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/10/bayi-perempuan-sebelas-bulan-maut.html

0 Response to "Bayi Perempuan Sebelas Bulan Maut, Selepas Kereta Terbabas Dan Merempuh Sekumpulan Lembu Di Simpang Kepayang Bera"
Catat Ulasan