Loading...

Dinobatkan Sebagai Antara Bandar Paling Bahagia Di Malaysia, Jangan Leka Di Zon Selesa Dan Terus Tambah Baik Untuk Rakyat

Loading...
Dinobatkan Sebagai Antara Bandar Paling Bahagia Di Malaysia, Jangan Leka Di Zon Selesa Dan Terus Tambah Baik Untuk Rakyat - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dinobatkan Sebagai Antara Bandar Paling Bahagia Di Malaysia, Jangan Leka Di Zon Selesa Dan Terus Tambah Baik Untuk Rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dinobatkan Sebagai Antara Bandar Paling Bahagia Di Malaysia, Jangan Leka Di Zon Selesa Dan Terus Tambah Baik Untuk Rakyat
link : Dinobatkan Sebagai Antara Bandar Paling Bahagia Di Malaysia, Jangan Leka Di Zon Selesa Dan Terus Tambah Baik Untuk Rakyat

Baca juga


Dinobatkan Sebagai Antara Bandar Paling Bahagia Di Malaysia, Jangan Leka Di Zon Selesa Dan Terus Tambah Baik Untuk Rakyat

LIPIS: "Jangan berada di zon selesa sebaliknya pertingkatkan apa yang perlu diperbaiki."

Demikian kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail susulan kedudukan daerah Lipis, Raub yang sebelum ini dinobatkan antara bandar paling bahagia di Malaysia.

Menurutnya, pencapaian daerah terbabit sudah pasti ingin dicapai oleh daerah-daerah lain di seluruh negara.

"Daerah lain sedang mengintai. Satu Malaysia, bukan di Pahang sahaja. Kita ada 150 daerah di seluruh negara dan kita di Pahang dapat dua (tersenarai bandar paling bahagia) Raub dengan Lipis.

"Jadi untuk kekal, jangan berada di zon yang selesa, jangan cepat berpuas hati. Kita tambah baik lagi dan kita sokong apa yang kerajaan buat dan akan buat yang terbaik untuk rakyat,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Pelaksanaan Draf Rancangan Tempatan Lipis 2035 (RT Lipis 2035) di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, di sini pada Khamis.

Ujarnya, usaha itu memerlukan sokongan padu daripada semua pihak termasuk rakyat, agensi kerajaan serta pihak swasta bagi memastikan perancangan tersebut berjaya dilaksanakan selain kestabilan politik dan ekonomi.

Jelasnya, RT Lipis 2035 memberi tumpuan terhadap lima pelan pembangunan utama, 12 sektor strategik, 29 hala tuju pembangunan, 145 cadangan projek, 87 projek sokongan, 45 projek 'quick win' dan 13 projek berimpak tinggi.

“Antara tumpuan ialah menjadikan Koyan Agro City dan Benta Bandar Perwira, selain membangunkan kawasan berpotensi seperti sungai dan agro park bagi merancakkan ekonomi setempat,” katanya.

Tambahnya, semua cadangan pembangunan itu perlu diteliti dan diulas oleh rakyat dalam tempoh sebulan sebelum diwartakan secara rasmi.

“Kita buka ruang kepada orang ramai untuk memberi pandangan dan cadangan supaya rancangan ini benar-benar memenuhi keperluan setempat,” jelasnya.#SinarHarian



Demikianlah Artikel Dinobatkan Sebagai Antara Bandar Paling Bahagia Di Malaysia, Jangan Leka Di Zon Selesa Dan Terus Tambah Baik Untuk Rakyat

Sekianlah artikel Dinobatkan Sebagai Antara Bandar Paling Bahagia Di Malaysia, Jangan Leka Di Zon Selesa Dan Terus Tambah Baik Untuk Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dinobatkan Sebagai Antara Bandar Paling Bahagia Di Malaysia, Jangan Leka Di Zon Selesa Dan Terus Tambah Baik Untuk Rakyat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/10/dinobatkan-sebagai-antara-bandar-paling.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dinobatkan Sebagai Antara Bandar Paling Bahagia Di Malaysia, Jangan Leka Di Zon Selesa Dan Terus Tambah Baik Untuk Rakyat"

Catat Ulasan

Loading...