Judul : Kerajaan Pahang Gunakan Empat Pendekatan Untuk Suburkan Aktiviti Serta Memperkasakan Syiar Islam Di Negeri Ini
link : Kerajaan Pahang Gunakan Empat Pendekatan Untuk Suburkan Aktiviti Serta Memperkasakan Syiar Islam Di Negeri Ini
Kerajaan Pahang Gunakan Empat Pendekatan Untuk Suburkan Aktiviti Serta Memperkasakan Syiar Islam Di Negeri Ini
KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang menggunakan empat pendekatan untuk menyuburkan aktiviti serta memperkasakan syiar Islam di negeri itu.
Ia merangkumi dasar, kebajikan, pendidikan dan dakwah menerusi 14 Rang Undang-Undang yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Pahang sebelum ini.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata dengan adanya RUU berkenaan, ia menjadi punca kuasa untuk memastikan aspek keagamaan dapat dilaksanakan sebaik-baiknya di negeri itu.
"Contohnya pentadbiran Islam, jenayah syariah, wakaf, pendidikan Islam.
"Yang keduanya, kita memerhati dari sudut kebajikan. Kebajikan itu bukan hanya perlu kepada kunci kuasa, bagaimana nak laksanakan kunci kuasa kita. Kita nak bantu sekolah-sekolah agama.
"Kerajaan Negeri juga menubuhkan bahagian pendidikan di bawah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Di situ kita menggerakkan sekolah-sekolah agama," katanya.
Menurutnya, antara fokus kerajaan negeri juga adalah percambahan ilmu menerusi pusat tahfiz untuk memastikan penguasaan ilmu seimbang dunia dan akhirat.
"Kita ada tahfiz profesional. Mungkin pelajar-pelajar ini nak faham al-Quran, nak jadi pelajar tahfiz tapi dalam waktu yang sama dia nak jadi doktor, dia nak jadi akauntan, dia nak jadi peguam, jurutera dan sebagainya.
"Kemudian satu lagi tahfiz Turath. Ia untuk pelajar-pelajar menjadi ulama, kadi, pendakwah atau ilmuan agama.
Selain itu katanya, pihaknya juga menumpukan kepada program dakwah yang digerakkan melalui Bahagian Dakwah JAIP.
"Ada dua kelompok. Pertama, ia menjurus kepada umat Islam sendiri. Dan satu lagi orang bukan Islam yang berminat untuk berkenalan dengan Islam," katanya. #SinarHarian
Demikianlah Artikel Kerajaan Pahang Gunakan Empat Pendekatan Untuk Suburkan Aktiviti Serta Memperkasakan Syiar Islam Di Negeri Ini
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pahang Gunakan Empat Pendekatan Untuk Suburkan Aktiviti Serta Memperkasakan Syiar Islam Di Negeri Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/10/kerajaan-pahang-gunakan-empat.html
0 Response to "Kerajaan Pahang Gunakan Empat Pendekatan Untuk Suburkan Aktiviti Serta Memperkasakan Syiar Islam Di Negeri Ini"
Catat Ulasan