Loading...

Polis Sedang Giat Mengesan Pemilik Lembu Yang Menyebabkan Kemalangan Hingga Meragut Nyawa Bayi Sebelas Bulan Di Bera

Loading...
Polis Sedang Giat Mengesan Pemilik Lembu Yang Menyebabkan Kemalangan Hingga Meragut Nyawa Bayi Sebelas Bulan Di Bera - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Sedang Giat Mengesan Pemilik Lembu Yang Menyebabkan Kemalangan Hingga Meragut Nyawa Bayi Sebelas Bulan Di Bera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Sedang Giat Mengesan Pemilik Lembu Yang Menyebabkan Kemalangan Hingga Meragut Nyawa Bayi Sebelas Bulan Di Bera
link : Polis Sedang Giat Mengesan Pemilik Lembu Yang Menyebabkan Kemalangan Hingga Meragut Nyawa Bayi Sebelas Bulan Di Bera

Baca juga


Polis Sedang Giat Mengesan Pemilik Lembu Yang Menyebabkan Kemalangan Hingga Meragut Nyawa Bayi Sebelas Bulan Di Bera

                                   

BERA: Polis sedang giat mengesan pemilik lembu yang menyebabkan kemalangan sehingga meragut nyawa seorang bayi perempuan 11 bulan di Kilometer 49 Jalan Kerayong - Simpang Kepayang di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, setakat ini belum ada individu yang tampil mengaku sebagai pemilik haiwan ternakan berkenaan. 

"Siasatan turut menjurus kepada aspek kecuaian pemilik haiwan yang membiarkan ternakan berkeliaran di kawasan awam sehingga menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya.

“Mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Enakmen Kawalan Kerbau dan Lembu (EKKL) jika didapati cuai atau gagal mengawal ternakan masing-masing,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Zulkiflee berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Bera dengan kerjasama polis telah melakukan operasi di bawah Enakmen Kawalan Kerbau dan Lembu (EKKL) bagi menangani isu haiwan ternakan yang berkeliaran di jalan utama.

“Operasi dijalankan bermula jam 11 malam tadi (Khamis) dan berjaya menangkap dua ekor lembu serta dua ekor kerbau.

"Ia sebahagian daripada usaha berterusan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini termasuk kemalangan daripada berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik haiwan ternakan yang gagal mematuhi peraturan sehingga menyebabkan kemalangan atau kehilangan nyawa.

"Orang ramai diminta segera melaporkan kepada polis atau JPV sekiranya melihat haiwan ternakan berkeliaran di jalan raya bagi mengelak tragedi sama," tambahnya. 

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, Nur Adriana Amira Mohamad Norismail bersama kedua ibu bapanya menaiki kereta Perodua Bezza dari arah Kepayang menuju ke Kerayong.

Hasil siasatan awal mendapati apabila tiba di tempat kejadian, sekumpulan lembu tiba-tiba keluar dari arah kiri ke kanan jalan menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak lalu melanggar haiwan tersebut sebelum kenderaan terbabas ke bahu jalan.

Mangsa yang berada di pangkuan ibunya di bahagian depan penumpang disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Bandar 32, Bera. 

Ibu mangsa yang berusia 21 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala manakala bapanya yang berusia 22 memandu kereta itu tidak cedera.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk bedah siasat. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Polis Sedang Giat Mengesan Pemilik Lembu Yang Menyebabkan Kemalangan Hingga Meragut Nyawa Bayi Sebelas Bulan Di Bera

Sekianlah artikel Polis Sedang Giat Mengesan Pemilik Lembu Yang Menyebabkan Kemalangan Hingga Meragut Nyawa Bayi Sebelas Bulan Di Bera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Sedang Giat Mengesan Pemilik Lembu Yang Menyebabkan Kemalangan Hingga Meragut Nyawa Bayi Sebelas Bulan Di Bera dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/10/polis-sedang-giat-mengesan-pemilik.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Polis Sedang Giat Mengesan Pemilik Lembu Yang Menyebabkan Kemalangan Hingga Meragut Nyawa Bayi Sebelas Bulan Di Bera"

Catat Ulasan

Loading...