Judul : Sultan Pahang Berkenan Kurnia Darjah Kebesaran, Pingat Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-66 Baginda
link : Sultan Pahang Berkenan Kurnia Darjah Kebesaran, Pingat Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-66 Baginda
Sultan Pahang Berkenan Kurnia Darjah Kebesaran, Pingat Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-66 Baginda
KUANTAN: Hakim Utama Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Mohd Radzi Harun antara tujuh tokoh dikurniakan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) di Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-66 Sultan Pahang.
Istiadat pengurniaan itu disempurnakan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Abdulaziz, di sini, hari ini.
Penerima lain darjah kebesaran membawa gelaran Datuk Seri itu, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Mad Zaidi Karli.
Turut menerima darjah sama, Ketua Pengarah Jabatan kerja Raya Malaysia, Datuk Roslan Ismail dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Mahathar Abd Wahab.
Turut berangkat di istiadat itu, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Pada majlis sama, seorang penerima dikurniakan Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) membawa gelaran Datuk Indera dan sembilan lagi dikurniakan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) membawa gelaran Datuk.
Selain itu, 19 penerima dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) juga membawa gelaran Datuk termasuk Pengarang Berita Kanan Berita Harian, Datuk Sariha Mohd Ali.
Sariha yang juga Presiden Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA), pernah bertugas sebagai wartawan dan Ketua Biro Berita Harian Pahang, selama 12 tahun hingga 2009.
Sultan Pahang turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang (SAP) dan Setia Mahkota Pahang (SMP) masing-masing kepada dua penerima, Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) enam penerima, Ahli Mahkota Pahang (AMP) seorang penerima serta tiga dikurniakan Pingat Khidmat Cemerlang (PKC). #BeritaHarian
Demikianlah Artikel Sultan Pahang Berkenan Kurnia Darjah Kebesaran, Pingat Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-66 Baginda
Anda sekarang membaca artikel Sultan Pahang Berkenan Kurnia Darjah Kebesaran, Pingat Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-66 Baginda dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/10/sultan-pahang-berkenan-kurnia-darjah.html

0 Response to "Sultan Pahang Berkenan Kurnia Darjah Kebesaran, Pingat Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-66 Baginda"
Catat Ulasan