Judul : Dua Lori Tangki Berisi Bahan Bakar Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Terbakar Di Pangkalan Udara Kuantan
link : Dua Lori Tangki Berisi Bahan Bakar Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Terbakar Di Pangkalan Udara Kuantan
Dua Lori Tangki Berisi Bahan Bakar Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Terbakar Di Pangkalan Udara Kuantan
KUANTAN: Dua lori tangki berisi bahan bakar untuk pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbakar di Pangkalan Udara Kuantan, di sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim, berkata kejadian berlaku jam 2.50 petang dipercayai ketika lori tangki itu sedang melakukan proses pemindahan bahan bakar.
Menurutnya, 20 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas dan Indera Mahkota, di sini, bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendapat laporan.
"Ketika bomba tiba di lokasi kejadian api sedang marak dan bomba menggunakan teknik pemadaman buih.
"Bomba mengambil masa kira-kira 25 minit untuk mengawal kebakaran dan api dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 4.20 petang,"
"Siasasatan awal mendapati tangki bahan bakar salah sebuah lori yang terbakar itu kosong dan sebuah lagi hanya berisi kiar-kira 20 peratus minyak," katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.
Mohd Razam berkata, dua lori tangki itu berkapasiti 40,000 liter dan digunakan untuk mengangkut bahan bakar untuk kegunaan pesawat TUDM .
Menurutnya, kebakaran itu turut menyebabkan dinding bangunan berhampiran lokasi kejadian turut terbakar.
"Tindakan pantas bomba dan dibantu anggota TUDM dapat mengawal api daripada merebak ke sebuah lagi lori tangki berkapasiti 20,000 liter berada berhampiran tempat kejadian," katanya.
Mohd Razam berkata, punca kebakaran sedang disiasat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu," katanya. #HarianMetro
Demikianlah Artikel Dua Lori Tangki Berisi Bahan Bakar Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Terbakar Di Pangkalan Udara Kuantan
Anda sekarang membaca artikel Dua Lori Tangki Berisi Bahan Bakar Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Terbakar Di Pangkalan Udara Kuantan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/11/dua-lori-tangki-berisi-bahan-bakar.html

0 Response to " Dua Lori Tangki Berisi Bahan Bakar Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Terbakar Di Pangkalan Udara Kuantan"
Catat Ulasan