Judul : Lakukan Aksi Berbahaya Dan Memandu Melulu Di Kilometer 13.4 Jalan Genting Highlands, Pemandu S70 Dipanggil Polis
link : Lakukan Aksi Berbahaya Dan Memandu Melulu Di Kilometer 13.4 Jalan Genting Highlands, Pemandu S70 Dipanggil Polis
Lakukan Aksi Berbahaya Dan Memandu Melulu Di Kilometer 13.4 Jalan Genting Highlands, Pemandu S70 Dipanggil Polis
KUALA LUMPUR: Pemandu kereta yang dirakam dalam video tular memandu secara melulu sebelum kenderaannya terbabas di Kilometer 13.4 Jalan Genting Highlands, Bentong, baru-baru ini, dipanggil polis untuk siasatan.
Rakaman berdurasi 29 saat yang tular sejak beberapa hari lalu menunjukkan Proton S70 berkenaan dipandu laju dan memotong beberapa kenderaan lain sebelum terbabas di satu selekoh laluan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata kejadian sebenar berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam, Rabu lalu apabila kenderaan itu hilang kawalan, melanggar pembahagi jalan dan berpusing ke kiri jalan.
"Pemandu, seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun, tidak mengalami kecederaan manakala kenderaan terbabit mengalami kerosakan teruk.
"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong sudah menghubungi pemandu berkenaan untuk tampil memberi kerjasama berhubung siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kes disiasat mengikut Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana cuai dalam mengawal kenderaan.
Zaiham menegaskan, polis akan melaksanakan operasi berterusan bagi memastikan laluan itu tidak dijadikan seperti litar lumba oleh pemandu yang beraksi secara berbahaya tanpa mengikut peraturan. #BeritaHarian
Demikianlah Artikel Lakukan Aksi Berbahaya Dan Memandu Melulu Di Kilometer 13.4 Jalan Genting Highlands, Pemandu S70 Dipanggil Polis
Anda sekarang membaca artikel Lakukan Aksi Berbahaya Dan Memandu Melulu Di Kilometer 13.4 Jalan Genting Highlands, Pemandu S70 Dipanggil Polis dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/11/lakukan-aksi-berbahaya-dan-memandu.html

0 Response to "Lakukan Aksi Berbahaya Dan Memandu Melulu Di Kilometer 13.4 Jalan Genting Highlands, Pemandu S70 Dipanggil Polis"
Catat Ulasan