Loading...

Pahang Lulus Tambahan Kategori Bagi Program Tunas Makmur 2025, Seramai 21,026 Pelajar SPM Dapat Bantuan Bernilai RM1.05 Juta

Loading...
Pahang Lulus Tambahan Kategori Bagi Program Tunas Makmur 2025, Seramai 21,026 Pelajar SPM Dapat Bantuan Bernilai RM1.05 Juta - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pahang Lulus Tambahan Kategori Bagi Program Tunas Makmur 2025, Seramai 21,026 Pelajar SPM Dapat Bantuan Bernilai RM1.05 Juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pahang Lulus Tambahan Kategori Bagi Program Tunas Makmur 2025, Seramai 21,026 Pelajar SPM Dapat Bantuan Bernilai RM1.05 Juta
link : Pahang Lulus Tambahan Kategori Bagi Program Tunas Makmur 2025, Seramai 21,026 Pelajar SPM Dapat Bantuan Bernilai RM1.05 Juta

Baca juga


Pahang Lulus Tambahan Kategori Bagi Program Tunas Makmur 2025, Seramai 21,026 Pelajar SPM Dapat Bantuan Bernilai RM1.05 Juta

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang meluluskan penambahan kategori bagi Program Tunas Makmur 2025 kepada 21,026 pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan berupa set barangan sekolah itu melibatkan implikasi kewangan RM1.05 juta.

Menurutnya, sumbangan tersebut akan mula diserahkan mulai minggu hadapan oleh Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang (MTSP) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP).

"Proses penyerahannya turut dibantu jabatan dan agensi berkaitan bagi memastikan agihan berjalan lancar serta sampai kepada semua penerima yang layak di seluruh Pahang," katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Wan Rosdy berkata, selain sumbangan itu, semua pelajar SPM juga telah menerima kad diskaun pelajar yang memberi potongan sehingga 30 peratus di sebuah kedai buku di sini selain buku rujukan dan latihan percuma.

"Bantuan ini bagi membantu pelajar membuat persediaan menghadapi peperiksaan.

"Bantuan peralatan persekolahan juga dihulurkan kepada pelajar tingkatan lima dari keluarga golongan miskin tegar," ujarnya.

Jelas beliau, semua inisiatif itu mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan kerajaan negeri terhadap pembangunan ilmu pengetahuan serta kejayaan akademik anak-anak Pahang.

"Saya yakin, dengan usaha berterusan dan kerjasama semua pihak, khususnya dalam memperkukuh aspek pendidikan, Pahang akan terus melangkah maju sebagai sebuah negeri yang makmur dan berilmu," katanya. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Pahang Lulus Tambahan Kategori Bagi Program Tunas Makmur 2025, Seramai 21,026 Pelajar SPM Dapat Bantuan Bernilai RM1.05 Juta

Sekianlah artikel Pahang Lulus Tambahan Kategori Bagi Program Tunas Makmur 2025, Seramai 21,026 Pelajar SPM Dapat Bantuan Bernilai RM1.05 Juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pahang Lulus Tambahan Kategori Bagi Program Tunas Makmur 2025, Seramai 21,026 Pelajar SPM Dapat Bantuan Bernilai RM1.05 Juta dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/11/pahang-lulus-tambahan-kategori-bagi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pahang Lulus Tambahan Kategori Bagi Program Tunas Makmur 2025, Seramai 21,026 Pelajar SPM Dapat Bantuan Bernilai RM1.05 Juta"

Catat Ulasan

Loading...