Judul : Saifuddin Beri Gambaran Mungkin Lebih 19 Daripada 25 Ahli Parlimen Tidak Setuju Dengan Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu
link : Saifuddin Beri Gambaran Mungkin Lebih 19 Daripada 25 Ahli Parlimen Tidak Setuju Dengan Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu
Saifuddin Beri Gambaran Mungkin Lebih 19 Daripada 25 Ahli Parlimen Tidak Setuju Dengan Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Saifuddin Abdullah memberi gambaran kemungkinan lebih 19 daripada 25 ahli parlimen yang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak bersetuju dengan tindakan disiplin yang dikenakan terhadap tiga ahli parlimen termasuk Timbalan Presiden,Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Ini selepas pendedahan surat bertarikh 23 Oktober yang dihantar kepada Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengandungi tandatangan 16 ahli parlimen Bersatu yang membantah tindakan lembaga disiplin parti memanggil Hamzah, selain pemecatan Wan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan dan penggantungan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal,.
Saifuddin berkata, mengambil kira 16 ahli parlimen itu, selain Wan Saiful, Wan Fayhsal dan Hamzah sendiri, sekurang-kurangnya 19 tidak bersetuju dengan tindakan lembaga disiplin parti.
Namun, katanya, angka itu mungkin lebih daripada 19.
"Kami sengaja tidak approach dua orang Naib Presiden yakni Ronald dan Radzi. Jadi, apa maksudnya... maksudnya daripada 25 ahli parlimen sekurang-kurangnya 19 tak bersetuju apa yang sedang berlaku.
"Jadi, dia mungkin lebih 19 (ahli parlimen) kan (jika termasuk dua naib presiden). Sengaja kita tak approach," katanya ketika ditemui dalam siri Jelajah Semarak di Ampang, hari ini.
Hadir sama sebagai ahli panel dalam program itu ialah Wan Saiful dan Wan Fayhsal.
Semalam tular satu surat yang dihantar kepada Muhyiddin sebagai luahan rasa kebimbangan terhadap tindakan disiplin yang dikenakan terhadap tiga ahli parlimen Bersatu.
Surat yang ditandatangani 16 ahli parlimen Bersatu itu membantah tindakan Lembaga Disiplin Bersatu terhadap Wan Saiful dan Wan Fayhsal, serta tidak bersetuju untuk lembaga itu memanggil Hamzah.
Untuk rekod Hamzah mengambil keputusan untuk tidak hadir ke prosiding lembaga disiplin parti.
Enam belas ahli parlimen Bersatu yang menandatangani surat berkenaan termasuk Saifuddin (Indera Mahkota); Khlir Mohd Nordan (Ketereh); Muhammad Islahuddin Abas (Mersing); Fathul Huzir Ayob (Gerik); Ku Abd Rahman Ku Ismail (Kubang Pasu); Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah); Abdul Khalib Abdullah (Rompin); Nordin Ahmad Ismail (Lumut) dan Zakri Hassan (Kangar).
Turut menandatangani surat itu, Rosol Wahid (Hulu Terengganu); Muslimin Yahaya (Sungai Besar); Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah); Roslan Hashim (Kulim Bandar Baharu); Azahari Hasan (Padang Rengas); Kalam Salan (Sabak Bernam); dan Mohd Nazri Abu Hassan (Merbok).
Menurut surat berkenaan, tindakan memecat Wan Saiful dan menggantung Wan Ahmad Fayhsal adalah tidak bijak mengganggu momentum sokongan rakyat selain boleh menggugat usaha Perikatan Nasional (PN) mencapai kemenangan dalam PRN Sabah.
Sementara itu, Saifuddin ketika ditanya kemungkinan tindakan disiplin terhadapnya kerana mendesak Muhyiddin berundur berkata dia bersedia menghadapi sebarang tindakan.
Namun dia tetap menganggap gesaannya tidak bercanggah dengan peraturan parti.
Bahkan katanya, Muhyiddin juga pernah mendesak bekas Presiden UMNO, Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur ketika di dalam Umno suatu masa dahulu.
"Ini risiko yang terpaksa dihadapi, saya bersedia, sebab pada saya, saya tak buat apa-apa...meminta presiden berundur tidak menyalahi perlembagaan (Bersatu).
"Dalam Perlembagaan Malaysia hak bersuara dijamin dan Muhyiddin sendiri pernah minta Pak Lah berundur, jadi apa masalah dia," katanya lagi.
Muhyiddin dilihat sebagai salah seorang pemimpin utama yang mendesak Allahyarham Abdullah untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden dan Perdana Menteri UMNO pada 2009.
Dia kemudiannya, berpaling tadah dan turut menentang pengganti Abdullah, Datuk Sri Najib Razak, pada kemuncak skandal 1MDB. #Malaysiakini
Demikianlah Artikel Saifuddin Beri Gambaran Mungkin Lebih 19 Daripada 25 Ahli Parlimen Tidak Setuju Dengan Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu
Anda sekarang membaca artikel Saifuddin Beri Gambaran Mungkin Lebih 19 Daripada 25 Ahli Parlimen Tidak Setuju Dengan Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/11/saifuddin-beri-gambaran-mungkin-lebih.html

0 Response to "Saifuddin Beri Gambaran Mungkin Lebih 19 Daripada 25 Ahli Parlimen Tidak Setuju Dengan Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu"
Catat Ulasan