Judul : Andansura: Cadangan UMNO Anjur Musyawarah Nasional, PAS Pahang Tunggu Perkembangan Dan Ketetapan PAS Pusat
link : Andansura: Cadangan UMNO Anjur Musyawarah Nasional, PAS Pahang Tunggu Perkembangan Dan Ketetapan PAS Pusat
Andansura: Cadangan UMNO Anjur Musyawarah Nasional, PAS Pahang Tunggu Perkembangan Dan Ketetapan PAS Pusat
KUANTAN: PAS Pahang menunggu perkembangan selanjutnya berhubung cadangan UMNO untuk menganjurkan Musyawarah Nasional bagi membicarakan agenda politik Melayu.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Andansura Rabu berkata, sebarang keputusannya bergantung kepada ketetapan PAS Pusat.
Menurutnya, secara dasarnya, PAS Pahang menyokong sebarang cadangan atau usaha baik berkaitan penyatuan ummah ini.
"Justeru itu, kita tunggu dan lihat perkembangan ini selanjutnya selain menunggu ketetapan PAS pusat sama ada kita sertai atau sebaliknya.
"Kami akan ikut sebarang keputusannya nanti," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Pada ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Jumaat lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyebut bahawa UMNO akan menganjurkan Musyawarah Nasional bagi membicarakan agenda politik umat Melayu melibatkan semua pertubuhan, pakar-pakar, ahli akademik dan profesional Melayu.
Penganjuran musyawarah itu sebagai sebahagian daripada kerangka pemulihan di bawah tiga langkah pemugaran atau pembaharuan politik UMNO.#SinarHarian
Demikianlah Artikel Andansura: Cadangan UMNO Anjur Musyawarah Nasional, PAS Pahang Tunggu Perkembangan Dan Ketetapan PAS Pusat
Anda sekarang membaca artikel Andansura: Cadangan UMNO Anjur Musyawarah Nasional, PAS Pahang Tunggu Perkembangan Dan Ketetapan PAS Pusat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/01/andansura-cadangan-umno-anjur.html

0 Response to "Andansura: Cadangan UMNO Anjur Musyawarah Nasional, PAS Pahang Tunggu Perkembangan Dan Ketetapan PAS Pusat"
Catat Ulasan