Loading...

Kerajaan Pahang Lancar e-Rakyat, Uruskan Maklumat Serta Penyelarasan Bantuan Lebih Tersusun, Bersepadu Dan Berkesan

Loading...
Kerajaan Pahang Lancar e-Rakyat, Uruskan Maklumat Serta Penyelarasan Bantuan Lebih Tersusun, Bersepadu Dan Berkesan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Pahang Lancar e-Rakyat, Uruskan Maklumat Serta Penyelarasan Bantuan Lebih Tersusun, Bersepadu Dan Berkesan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Pahang Lancar e-Rakyat, Uruskan Maklumat Serta Penyelarasan Bantuan Lebih Tersusun, Bersepadu Dan Berkesan
link : Kerajaan Pahang Lancar e-Rakyat, Uruskan Maklumat Serta Penyelarasan Bantuan Lebih Tersusun, Bersepadu Dan Berkesan

Baca juga


Kerajaan Pahang Lancar e-Rakyat, Uruskan Maklumat Serta Penyelarasan Bantuan Lebih Tersusun, Bersepadu Dan Berkesan

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang melancarkan Sistem Pengurusan Bantuan Rakyat Negeri Pahang (e-Rakyat) bagi mengurus maklumat serta penyelarasan bantuan rakyat secara lebih tersusun, bersepadu dan berkesan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inisiatif itu selari dengan hala tuju pentadbiran negeri yang menekankan kecekapan, ketelusan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan.

Menurutnya, sebagai sebuah platform pusat sehenti, Sistem e-Rakyat membolehkan kerajaan negeri membina, mengumpul dan menyelaraskan data bantuan antara jabatan dan agensi sekali gus mengelakkan pertindihan penerima serta pembaziran peruntukan awam.

"Matlamat utama pelaksanaan sistem ini adalah untuk memastikan setiap bentuk bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar layak, disalurkan tepat pada masanya dan berasaskan keperluan sebenar rakyat.

"Melalui sistem ini, perancangan belanjawan negeri dapat dilaksanakan dengan lebih tepat, realistik dan mampan di samping memperkukuh kesejahteraan rakyat serta meningkatkan keupayaan tadbir urus kerajaan negeri secara keseluruhan," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, Wan Rosdy menyempurnakan pelancaran Sistem e-Rakyat itu sempena Perhimpunan Penjawat Awam Bersama Menteri Besar Pahang di Dewan Kompleks Bandaraya Kuantan di sini.

Jelas beliau, pelaksanaan Sistem e-Rakyat akan dibuat secara berfasa.

"Fasa pertama melibatkan pendaftaran ketua isi rumah dan ahli isi rumah serta semakan penerima bantuan sedia ada khususnya di bawah Inisiatif Makmur Pahang.

"Manakala fasa kedua akan melibatkan permohonan bantuan secara dalam talian yang dijadualkan bermula April ini seterusnya diperluaskan kepada bantuan kerajaan negeri serta bantuan kerajaan Persekutuan," ujarnya.

Katanya, rakyat Pahang boleh mendaftar sistem ini menerusi portal erakyat.pahang.gov.my.

"Pelancaran Sistem e-Rakyat ini merupakan komitmen berterusan kerajaan negeri Pahang bukan sekadar memberi bantuan tetapi memastikan setiap bantuan dilaksanakan secara adil, tersusun, telus dan benar-benar berkesan demi kepentingan rakyat," katanya. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Kerajaan Pahang Lancar e-Rakyat, Uruskan Maklumat Serta Penyelarasan Bantuan Lebih Tersusun, Bersepadu Dan Berkesan

Sekianlah artikel Kerajaan Pahang Lancar e-Rakyat, Uruskan Maklumat Serta Penyelarasan Bantuan Lebih Tersusun, Bersepadu Dan Berkesan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pahang Lancar e-Rakyat, Uruskan Maklumat Serta Penyelarasan Bantuan Lebih Tersusun, Bersepadu Dan Berkesan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/01/kerajaan-pahang-lancar-e-rakyat-uruskan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to " Kerajaan Pahang Lancar e-Rakyat, Uruskan Maklumat Serta Penyelarasan Bantuan Lebih Tersusun, Bersepadu Dan Berkesan"

Catat Ulasan

Loading...