Loading...

Najib Dakwa Beliau Tidak Pernah Kawal SRC Dan Sangka Wang RM42 Juta Dimasukkan Ke Akaunnya Adalah Derma

Loading...
Najib Dakwa Beliau Tidak Pernah Kawal SRC Dan Sangka Wang RM42 Juta Dimasukkan Ke Akaunnya Adalah Derma - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Dakwa Beliau Tidak Pernah Kawal SRC Dan Sangka Wang RM42 Juta Dimasukkan Ke Akaunnya Adalah Derma, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib Dakwa Beliau Tidak Pernah Kawal SRC Dan Sangka Wang RM42 Juta Dimasukkan Ke Akaunnya Adalah Derma
link : Najib Dakwa Beliau Tidak Pernah Kawal SRC Dan Sangka Wang RM42 Juta Dimasukkan Ke Akaunnya Adalah Derma

Baca juga


Najib Dakwa Beliau Tidak Pernah Kawal SRC Dan Sangka Wang RM42 Juta Dimasukkan Ke Akaunnya Adalah Derma

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau tidak pernah mengawal SRC International Sdn Bhd atau bertindak sebagai pengarah bayangan syarikat pelaburan strategik itu.

Najib yang kembali ke Mahkamah Tinggi hari ini selepas disabitkan dengan tuduhan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bulan lalu, berkata sebaliknya Lembaga Pengarah (BOD) dan pengurusan SRC bertanggungjawab sepenuhnya terhadap operasi serta penggunaan dana.

Beliau yang memberikan keterangan sebagai defendan bagi kes saman sivil difailkan SRC dan anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd terhadapnya, berkata syarikat itu juga bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian dialami olehnya.

SRC ditubuhkan sebagai anak syarikat 1MDB pada 7 Januari 2011, namun pada Februari 2012, ia dipindahkan daripada 1MDB kepada Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MOF Inc).

Najib yang juga bekas Menteri Kewangan, berkata beliau tidak pernah menghadiri mesyuarat BOD SRC dan tidak menguruskan operasi syarikat, manakala sebarang kelulusan atau persetujuan olehnya dibuat semata-mata pada peringkat pemegang saham melalui MOF Inc.

"Saya tidak memegang jawatan sebagai pengarah, sama ada secara sah atau de facto. Saya juga tidak bertindak sebagai pengarah bayangan dan tidak menyebabkan BOD terbiasa bertindak mengikut arahan saya.

"Pembabitan saya terhad kepada tanggungjawab kepentingan awam sebagai Perdana Menteri dan fungsi pemegang saham yang terhad sebagaimana diperuntukkan undang-undang, tidak lebih daripada itu.

"Dari sudut perundangan, plaintif perlu membuktikan satu corak tingkah laku bahawa BOD SRC terbiasa bertindak mengikut arahan saya, namun tiada bukti sedemikian," katanya.

Najib yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya di hadapan Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan.

SRC sebelum ini menggugurkan lima pengarahnya daripada saman itu termasuk Tan Sri Ismee Ismail, Datuk Suboh Md Yassin dan Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, dengan mengekalkan Najib sebagai satu-satunya defendan.

Bagaimanapun Mahkamah Tinggi kemudian membenarkan permohonan Najib untuk mengeluarkan notis pihak ketiga terhadap mereka dan dinamakan sebagai defendan pihak ketiga.

Dalam tuntutan saman difailkan pada 2021 itu, SRC dan Gandingan Mentari memohon mahkamah mengisytiharkan Najib bertanggungjawab ke atas penerimaan dana RM42 juta syarikat itu.

Plaintif juga menuntut ganti rugi atas penerimaan dengan pengetahuan dana terbabit, bantuan tidak jujur dan tindakan penyalahgunaan kuasa.

Sementara itu, Najib turut menafikan pembabitan beliau dalam penubuhan SRC, penggubalan Memorandum dan Artikel Persatuan, pelantikan awal Nik Faisal Ariff Kamil dan Vincent Koh sebagai pengarah serta pemegang saham syarikat.

Katanya, peruntukan dalam perlembagaan SRC yang memerlukan kelulusan Perdana Menteri bagi perkara tertentu hanya perlindungan standard pemegang saham seperti diamalkan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain, dan tidak memberikan kawalan mutlak atau kuasa sehala untuk melantik atau memecat pengarah.

Beliau juga menolak dakwaan bahawa Nik Faisal bertindak sebagai perantara bagi arahannya, sambil menegaskan sebarang representasi bahawa keputusan dibuat atas arahannya adalah tidak sah dan bercanggah dengan tadbir urus korporat yang betul.

Berhubung dakwaan penyelewengan dana, Najib berkata, beliau tidak mengetahui dan tidak pernah mengarahkan wang SRC disalurkan kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd atau dipindahkan ke akaun peribadinya.

Beliau menegaskan wang dikreditkan ke dalam akaun peribadinya disangka sebagai derma, seperti pernah diterima sebelum ini dan beliau tidak mengurus akaun berkenaan secara peribadi serta tidak menerima penyata bank bulanan.

"Saya tidak menggunakan Nik Faisal atau mana-mana individu sebagai perantara untuk mengarah atau menentukan keputusan BOD SRC atau merancang kemasukan RM42 juta ke dalam akaun saya.

"Jika ada mana-mana pegawai yang menyatakan 'ini arahan Perdana Menteri', perkara itu tidak pernah diberi kebenaran oleh saya dan adalah bercanggah dengan tadbir urus korporat yang betul.

"Saya tidak tahu pada masa itu bahawa wang berkenaan didakwa berpunca daripada SRC International. Jika saya dimaklumkan, saya pasti akan menolak atau memulangkan wang berkenaan," katanya.

Perbicaraan bersambung esok. #BeritaHarian



Demikianlah Artikel Najib Dakwa Beliau Tidak Pernah Kawal SRC Dan Sangka Wang RM42 Juta Dimasukkan Ke Akaunnya Adalah Derma

Sekianlah artikel Najib Dakwa Beliau Tidak Pernah Kawal SRC Dan Sangka Wang RM42 Juta Dimasukkan Ke Akaunnya Adalah Derma kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib Dakwa Beliau Tidak Pernah Kawal SRC Dan Sangka Wang RM42 Juta Dimasukkan Ke Akaunnya Adalah Derma dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/01/najib-dakwa-beliau-tidak-pernah-kawal.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Najib Dakwa Beliau Tidak Pernah Kawal SRC Dan Sangka Wang RM42 Juta Dimasukkan Ke Akaunnya Adalah Derma"

Catat Ulasan

Loading...