Loading...

Pahang Berjaya Merekodkan Jumlah Pelaburan Komited RM18.04 Bilion Sepanjang 2025, Melepasi Sasaran Awal Ditetapkan RM14 Bilion

Loading...
Pahang Berjaya Merekodkan Jumlah Pelaburan Komited RM18.04 Bilion Sepanjang 2025, Melepasi Sasaran Awal Ditetapkan RM14 Bilion - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pahang Berjaya Merekodkan Jumlah Pelaburan Komited RM18.04 Bilion Sepanjang 2025, Melepasi Sasaran Awal Ditetapkan RM14 Bilion, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pahang Berjaya Merekodkan Jumlah Pelaburan Komited RM18.04 Bilion Sepanjang 2025, Melepasi Sasaran Awal Ditetapkan RM14 Bilion
link : Pahang Berjaya Merekodkan Jumlah Pelaburan Komited RM18.04 Bilion Sepanjang 2025, Melepasi Sasaran Awal Ditetapkan RM14 Bilion

Baca juga


Pahang Berjaya Merekodkan Jumlah Pelaburan Komited RM18.04 Bilion Sepanjang 2025, Melepasi Sasaran Awal Ditetapkan RM14 Bilion

KUANTAN: Pahang berjaya merekodkan jumlah pelaburan komited sebanyak RM18.04 bilion sepanjang 2025, melepasi sasaran awal RM14 bilion yang ditetapkan kerajaan negeri.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pencapaian itu mendorong kerajaan negeri untuk terus mempertingkatkan usaha menarik pelaburan pada masa hadapan.

"Kita sasarkan RM14 bilion namun berjaya capai RM18 bilion, insya-Allah prestasi ini akan ditingkatkan lagi bagi 2026," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Cari Gali Sumber Air Bawah Tanah oleh Bubbles O2 Sdn Bhd di Ladang Gambang Yayasan Pahang, di sini hari ini.

Mengulas mengenai majlis berkenaan, beliau berkata ia merupakan satu lagi inisiatif pelaburan strategik dalam usaha meneroka sumber air bawah tanah di negeri itu.

"Saya merakamkan penghargaan kepada Bubbles O2 Sdn Bhd kerana memilih Pahang sebagai destinasi pelaburan. Insya-Allah telaga ini dijangka mampu menghasilkan kira-kira 14 juta botol air setahun," katanya.

Wan Rosdy berkata projek itu dijangka memberi manfaat kepada kedua-dua pihak termasuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri, mewujudkan peluang pekerjaan serta membina kerjasama strategik jangka panjang antara kerajaan negeri dan pelabur.

Beliau berkata pengeluaran sulung produk air mineral Bubbles O2 di negeri itu dijangka bermula seawal enam bulan selepas projek itu siap sepenuhnya.

"Projek ini juga dijangka mewujudkan lebih 100 peluang pekerjaan, dengan keutamaan diberikan kepada anak Pahang khususnya penduduk sekitar kawasan ini," katanya.

Wan Rosdy turut memaklumkan kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan untuk memperluaskan projek berkenaan ke kawasan Pahang Barat susulan permintaan yang tinggi terhadap produk air Bubbles O2. #AstroAwani



Demikianlah Artikel Pahang Berjaya Merekodkan Jumlah Pelaburan Komited RM18.04 Bilion Sepanjang 2025, Melepasi Sasaran Awal Ditetapkan RM14 Bilion

Sekianlah artikel Pahang Berjaya Merekodkan Jumlah Pelaburan Komited RM18.04 Bilion Sepanjang 2025, Melepasi Sasaran Awal Ditetapkan RM14 Bilion kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pahang Berjaya Merekodkan Jumlah Pelaburan Komited RM18.04 Bilion Sepanjang 2025, Melepasi Sasaran Awal Ditetapkan RM14 Bilion dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/01/pahang-berjaya-merekodkan-jumlah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pahang Berjaya Merekodkan Jumlah Pelaburan Komited RM18.04 Bilion Sepanjang 2025, Melepasi Sasaran Awal Ditetapkan RM14 Bilion"

Catat Ulasan

Loading...