Judul : Individu Yang Mana Tanahnya Sudah Jadi Laut Akibat Hakisan Di Pahang Tetap Di Kenakan Cukai Tanah, Selagi Tak Serah Geran
link : Individu Yang Mana Tanahnya Sudah Jadi Laut Akibat Hakisan Di Pahang Tetap Di Kenakan Cukai Tanah, Selagi Tak Serah Geran
Individu Yang Mana Tanahnya Sudah Jadi Laut Akibat Hakisan Di Pahang Tetap Di Kenakan Cukai Tanah, Selagi Tak Serah Geran
PEKAN: Pemilik tanah yang terhakis oleh laut di Pahang tetap dikenakan cukai tanah. Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir. Razali Kassim menegaskan, individu yang mana tanahnya sudah menjadi laut akibat hakisan masih dianggap pemilik tanah berkenaan selagi dia tidak menyerahkan geran tanah kepada pihak kerajaan dan masih perlu membayar cukai tanah tersebut.
Malah pemilik tanah di laut sekalipun perlu membayar cukai mengikut peruntukan undang-undang, katanya.
“Tanah yang menjadi laut akibat hakisan masih dianggap pemilik tanah berkenaan selagi dia tidak menyerahkan geran tanah kepada pihak kerajaan.
“Pemilik tanah masih perlu membayar cukai tanah tersebut,” katanya ketika diminta mengulas isu hakisan pantai di Pahang hari ini.
Tambah Razali, pihaknya sedang menyemak data berkaitan hakisan dari tahun dalam tempoh 40 tahun bagi mengetahui jumlah keluasan tanah yang sudah terhakis.
Dalam perkembangan sama, kerajaan negeri telah membuat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengawal isu hakisan pantai dan mendalamkan muara sungai.
Jelasnya, kawasan berkenaan membabitkan dari sempadan Pahang-Terengganu hingga ke sempadan Pahang-Johor.
Razali optimis isu berkenaan dapat diselesaikan namun menelan kos belanja yang tinggi menerusi pelbagai kaedah.
Ia berdasarkan sesi lawatan yang diadakan oleh beberapa pihak dan agensi berkaitan termasuk Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) setiapkan kejadian hakisan berlaku.
“Kita akan semak data dari tahun 1985 hingga 2025 bagi mengenal pasti jumlah sebenar kehilangan tanah yang dihadapi. Kos untuk memulihkan hakisan pantai di sepanjang pantai di Pahang menelan kos besar iaitu dianggarkan lebih RM1 billion,” katanya.
Razali menyatakan kerajaan negeri telah pun melakukan permohonan kepada Kerajaan Persekutuan bagi tujuan itu.
“Kita juga akan lihat balik data berkaitan hakisan dari tahun 1985 hingga 2025 iaitu dalam tempoh 40 tahun ini bagi mengenal pasti jumlah sebenar kehilangan tanah yang dihadapi,” katanya.
Beliau berkata, hakisan berkenaan boleh dipulihkan kembali dengan pelbagai kaedah kejuruteraan terkini dan ia memerlukan perbelanjaan tinggi.
Di bawah Kanun Tanah Negara 1965, status sesuatu tanah berimilik yang terjejas akibat hakisan pantai atau ditenggelami laut tidak terbatal secara automatik hanya berdasarkan kejadian fizikal tersebut.
Katanya penentuan status hak milik adalah tertakluk kepada proses perundangan dan pentadbiran tanah.
Terdahulu media melaporkan kegusaran pemilik chalet susulan tanah di Pantai Tanjung Batu di Nenasi seluas kira-kira satu hektar bertukar menjadi lautan selepas kejadian hakisan pantai.
Menurut pemilik, tanah yang dibelinya seluas 1.4 hektar pada tahun 2016 kini lenyap menjadi laut kini hanya berkeluasan 0.4 heltar. #MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel Individu Yang Mana Tanahnya Sudah Jadi Laut Akibat Hakisan Di Pahang Tetap Di Kenakan Cukai Tanah, Selagi Tak Serah Geran
Anda sekarang membaca artikel Individu Yang Mana Tanahnya Sudah Jadi Laut Akibat Hakisan Di Pahang Tetap Di Kenakan Cukai Tanah, Selagi Tak Serah Geran dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/02/individu-yang-mana-tanahnya-sudah-jadi.html

0 Response to "Individu Yang Mana Tanahnya Sudah Jadi Laut Akibat Hakisan Di Pahang Tetap Di Kenakan Cukai Tanah, Selagi Tak Serah Geran"
Catat Ulasan