Judul : Kes Bunuh Di Kuantan: Lelaki Disyaki Bunuh Ibu Kandung, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Membunuh Diri
link : Kes Bunuh Di Kuantan: Lelaki Disyaki Bunuh Ibu Kandung, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Membunuh Diri
Kes Bunuh Di Kuantan: Lelaki Disyaki Bunuh Ibu Kandung, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Membunuh Diri
Suspek berusia 32 tahun itu dipercayai mencederakan isteri, ibu kandung dan dua anak perempuannya sehingga maut, sebelum dia turut mencederakan diri sendiri serta ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian.
Kejadian kira-kira jam 7 pagi itu mengorbankan seorang wanita berusia 55 tahun, menantu berusia 28 tahun serta dua cucu perempuan masing-masing berusia tiga dan empat tahun.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden berkenaan daripada seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang juga ahli keluarga dan tinggal di rumah tersebut.
Menurut beliau, ketika kejadian terdapat enam individu berada di kediaman itu, namun remaja terbabit tidak mengalami kecederaan selepas menyedari berlaku kekecohan.
“Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati suspek bersama isterinya dan dua kanak-kanak ditemui dalam sebuah bilik, manakala ibu suspek dijumpai di bahagian dapur.
"Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kelar di beberapa bahagian badan setiap mangsa yang dipercayai akibat objek tajam.
“Punca sebenar kematian masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai mencederakan isteri, ibu dan dua anaknya sebelum turut mencederakan diri sendiri dan ditemui maut di bilik sama.
Mengulas lanjut, Yahaya berkata, suspek dilaporkan baru berpindah ke rumah keluarganya kira-kira sebulan lalu selepas berhenti kerja di Selangor dan baharu memulakan pekerjaan di daerah ini sejak seminggu lalu.
“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kita tidak menolak sebarang kemungkinan termasuk faktor masalah keluarga atau kewangan.
“Semakan awal juga mendapati tiada rekod masalah mental dikesan terhadap lelaki berkenaan,” katanya. #HarianMetro
Demikianlah Artikel Kes Bunuh Di Kuantan: Lelaki Disyaki Bunuh Ibu Kandung, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Membunuh Diri
Anda sekarang membaca artikel Kes Bunuh Di Kuantan: Lelaki Disyaki Bunuh Ibu Kandung, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Membunuh Diri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/02/kes-bunuh-di-kuantan-lelaki-disyaki.html

0 Response to "Kes Bunuh Di Kuantan: Lelaki Disyaki Bunuh Ibu Kandung, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Membunuh Diri"
Catat Ulasan