Judul : Pahang Negeri Pertama Di Negara Ini Laksanakan Program Adat Dan Identiti Murid: Aplikasi StudentQR Secara Menyeluruh
link : Pahang Negeri Pertama Di Negara Ini Laksanakan Program Adat Dan Identiti Murid: Aplikasi StudentQR Secara Menyeluruh
Pahang Negeri Pertama Di Negara Ini Laksanakan Program Adat Dan Identiti Murid: Aplikasi StudentQR Secara Menyeluruh
KUANTAN: Pahang menjadi negeri pertama di negara ini melaksanakan Program Adat dan Identiti Murid Pahang: Aplikasi StudentQR secara menyeluruh dalam usaha meningkatkan pembangunan sahsiah murid.
Kod QR yang dibangunkan itu bagi membantu sekolah merekod, memantau dan membentuk karakter murid secara sistematik, membabitkan kerjasama antara sekolah dan ibu bapa.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang, Datuk Ahmad Zamri, berkata program berkenaan mendapat kelulusan rasmi untuk dilaksanakan di negeri itu dan selari dengan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035.
Katanya, program itu juga selari dengan dasar Kementerian Pendidikan yang menekankan pembinaan karakter murid, pengukuhan sahsiah, pembabitan ibu bapa dan penggunaan teknologi secara beretika serta berfokus kepada nilai.
"Ia bukan program sampingan, sebaliknya inisiatif strategik yang menyokong hala tuju pendidikan negara dan negeri.
"Program ini juga untuk meningkatkan pembangunan sahsiah murid dan memberi satu pendekatan baharu lebih tersusun serta menyeluruh menghubungkan sekolah, rumah, guru, pentadbir dan ibu bapa," katanya pada majlis pelancaran program itu yang disempurnakan Pengerusi Eksekutif Jaxer Digital Sdn Bhd, Tengku Puteri Seri Lela Wangsa, Tan Sri Tengku Meriam Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.
Sementara itu, menerusi kenyataan, program itu merangkumi perekodan elemen adat dan budaya Pahang, pembentukan karakter murid dari rumah dan pengurusan bayaran secara digital.
Pelaksanaan program dilakukan melalui kerjasama strategik bersama JPN Pahang sebagai satu pendekatan baharu menggabungkan teknologi digital dengan pemerkasaan nilai, identiti dan jati diri murid berasaskan warisan negeri.
Melalui program ini, setiap murid akan mempunyai Kod QR identiti dalam bentuk lencana atau Kad ID yang digunakan bagi merekod pembabitan mereka dalam aktiviti adat dan budaya Pahang di sekolah.
Selain itu, ia menyokong pembentukan karakter murid di rumah dengan pembabitan ibu bapa. Sistem sama turut menyelaras urusan bayaran yuran dan koperasi sekolah secara lebih teratur dan cekap.
Inisiatif ini dijangka memudahkan pengurusan sekolah, memperkukuh hubungan sekolah dan ibu bapa serta meletakkan Pahang sebagai perintis global dalam pendidikan berteraskan identiti negeri, adat dan budaya melalui penggunaan teknologi moden. #BeritaHarian
Demikianlah Artikel Pahang Negeri Pertama Di Negara Ini Laksanakan Program Adat Dan Identiti Murid: Aplikasi StudentQR Secara Menyeluruh
Anda sekarang membaca artikel Pahang Negeri Pertama Di Negara Ini Laksanakan Program Adat Dan Identiti Murid: Aplikasi StudentQR Secara Menyeluruh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/02/pahang-negeri-pertama-di-negara-ini.html

0 Response to " Pahang Negeri Pertama Di Negara Ini Laksanakan Program Adat Dan Identiti Murid: Aplikasi StudentQR Secara Menyeluruh"
Catat Ulasan