Judul : Pembantu Pegawai Kesihatan Maut Selepas Kereta Di Pandu Terbabit Kemalangan Empat Kenderaan Jalan Jerantut-Temerloh
link : Pembantu Pegawai Kesihatan Maut Selepas Kereta Di Pandu Terbabit Kemalangan Empat Kenderaan Jalan Jerantut-Temerloh
Pembantu Pegawai Kesihatan Maut Selepas Kereta Di Pandu Terbabit Kemalangan Empat Kenderaan Jalan Jerantut-Temerloh
TEMERLOH: Seorang pembantu pegawai kesihatan maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 26 Jalan Jerantut–Temerloh, di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 7.41 pagi itu, mangsa R. Sathiyan, 43, yang memandu Proton Saga disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Nasyim Bahron berkata, kemalangan tersebut melibatkan kereta dipandu mangsa, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza, trak pikap Toyota Hilux serta sebuah lori.
“Kemudian lori yang datang dari belakang telah hilang kawalan dan langgar belakang Perodua Alza menyebabkan MPV berkenaan masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kereta Proton Saga yang sedang menuju ke arah Temerloh.
“Susulan itu sebuah trak pikap yang sedang datang dari belakang kereta Proton Saga tidak dapat mengelak lalu terlanggar kereta berkenaan,” katanya, di sini hari ini.
Menurut beliau, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh untuk proses bedah siasat.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. #BeritaHarian
Demikianlah Artikel Pembantu Pegawai Kesihatan Maut Selepas Kereta Di Pandu Terbabit Kemalangan Empat Kenderaan Jalan Jerantut-Temerloh
Anda sekarang membaca artikel Pembantu Pegawai Kesihatan Maut Selepas Kereta Di Pandu Terbabit Kemalangan Empat Kenderaan Jalan Jerantut-Temerloh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/02/pembantu-pegawai-kesihatan-maut-selepas.html

0 Response to "Pembantu Pegawai Kesihatan Maut Selepas Kereta Di Pandu Terbabit Kemalangan Empat Kenderaan Jalan Jerantut-Temerloh"
Catat Ulasan