Judul : Tengku Mahkota Pahang Berkenan Berangkat Menziarahi Waris Lima Sekeluarga Yang Terbunuh Di Taman Cerating Damai
link : Tengku Mahkota Pahang Berkenan Berangkat Menziarahi Waris Lima Sekeluarga Yang Terbunuh Di Taman Cerating Damai
Tengku Mahkota Pahang Berkenan Berangkat Menziarahi Waris Lima Sekeluarga Yang Terbunuh Di Taman Cerating Damai
KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan berangkat menziarahi waris kepada lima sekeluarga yang maut dalam kejadian menyayat hati di Taman Cerating Damai di sini, hari ini.
Kesultanan Pahang dalam hantaran di Facebook memaklumkan Tengku Hassanal turut berkenan menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada waris keluarga berkenaan.
“Turut hadir mengiring ialah Pegawai Daerah Kuantan Datuk Sharudin Jali dan Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah,” menurut hantaran itu.
Semalam, media melaporkan jenazah lima sekeluarga yang terlibat dalam insiden pembunuhan di kawasan perumahan Cerating Damai pada Selasa itu, selamat dikebumikan dalam dua liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Budaya Cerating di sini pada 7.20 malam.
Tuan Kamaria Tuan Puteh, 56, dikebumikan bersama menantunya, Nurul Asshiykin Kamarulzaman, 33, serta dua cucu iaitu Nur Sumayyah Humairah, 2, dan Nur Saffiyah Humairah, 5, dalam satu liang lahad.
Jenazah anak lelaki Tuan Kamaria yang berusia 32 tahun, dikebumikan secara berasingan beberapa meter dari kubur berkenaan dalam kawasan tanah perkuburan yang sama. #Bernama
Demikianlah Artikel Tengku Mahkota Pahang Berkenan Berangkat Menziarahi Waris Lima Sekeluarga Yang Terbunuh Di Taman Cerating Damai
Anda sekarang membaca artikel Tengku Mahkota Pahang Berkenan Berangkat Menziarahi Waris Lima Sekeluarga Yang Terbunuh Di Taman Cerating Damai dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/02/tengku-mahkota-pahang-berkenan.html

0 Response to "Tengku Mahkota Pahang Berkenan Berangkat Menziarahi Waris Lima Sekeluarga Yang Terbunuh Di Taman Cerating Damai"
Catat Ulasan