Judul : Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Masih Bertungkus-Lumus Teruskan Operasi Memadamkan Kebakaran Di Pahang
link : Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Masih Bertungkus-Lumus Teruskan Operasi Memadamkan Kebakaran Di Pahang
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Masih Bertungkus-Lumus Teruskan Operasi Memadamkan Kebakaran Di Pahang
KUANTAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang meneruskan operasi pemadaman melibatkan kawasan seluas lebih 670 hektar yang masih terbakar di empat lokasi di negeri ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, kawasan terlibat hutan dan ladang kelapa sawit di Nenasi, Pekan; ladang kelapa sawit di Kampung Jemeri, Jalan Rompin- Muadzam Shah, Rompin; kebakaran sampah dan belukar di Kampung Bukit Palas dan kebakaran pusat pelupusan sampah di Gebeng di sini.
Menurutnya, secara keseluruhan, luas kawasan yang terbakar di empat lokasi terbabit lebih 1,000 hektar bagaimanapun 390.56 hektar daripadanya telah berjaya dipadamkan sehingga Jumaat.
"Dalam operasi pemadaman yang dijalankan pada Jumaat, 143.82 hektar kawasan yang terbakar berjaya dipadamkan," katanya.
Mohd Salahuddin berkata, kebakaran hutan dan ladang kelapa sawit Agropolitan di Nenasi, Pekan melibatkan kawasan seluas 735 hektar daripada keseluruhan luas ladang kira-kira 2,000 hektar.
"Sebanyak 338.60 hektar telah berjaya dipadamkan sepanjang operasi memasuki hari keenam manakala baki 396.96 hektar lagi masih dalam tindakan.
"Kebakaran ladang sawit di Kampung Jemeri, Jalan Rompin Muadzam Shah sejak lima hari lalu melibatkan kawasan seluas 300 hektar daripada keluasan keseluruhan ladang kira-kira 1,214 hektar.
"Sehingga semalam, 40.14 hektar daripadanya kawasan telah berjaya dipadamkan manakala 259.86 hektar lagi masih terbakar dan operasi pemadaman akan diteruskan hari ini (Sabtu)," ujarnya.
Tambah beliau, kawasan yang terbakar di Kampung Bukit Palas seluas 24 hektar ( bukan setempat) dan 9.81 hektar daripadanya telah berjaya dipadamkan manakala di pusat pelupusan sampah di Gebeng kawasan terlibat 2.02 hektar (2.01 hektar berjaya dipadamkan).
"Sepanjang operasi ini, JBPM Pahang menggerakkan pasukan bantuan termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Karak, Bentong, Genting Highlands, Kuala Krau, Kuala Tahan dan Jengka untuk membantu operasi pemadaman di kawasan Rompin.
"Manakala BBP Peramu, Jerantut, Maran, Bukit Angin,Triang dan Mentakab dikerah membantu operasi pemadaman di Nenasi, Pekan," katanya.
Beliau berkata, operasi turut dibantu pasukan dari Unit Udara Bomba, Unit Dron, pihak ladang dan anggota dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang.
"Jentera berat termasuk traktor dan jengkaut turut digunakan dalam operasi memadam kebakaran ladang di Nenasi dan Rompin," katanya. #SinarHarian
Demikianlah Artikel Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Masih Bertungkus-Lumus Teruskan Operasi Memadamkan Kebakaran Di Pahang
Anda sekarang membaca artikel Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Masih Bertungkus-Lumus Teruskan Operasi Memadamkan Kebakaran Di Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/03/jabatan-bomba-dan-penyelamat-malaysia_02120575954.html

0 Response to "Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Masih Bertungkus-Lumus Teruskan Operasi Memadamkan Kebakaran Di Pahang"
Catat Ulasan