Judul : Ketua Polis Daerah Lipis: Dua Lelaki Maut Dalam Dua Kemalangan Berasingan Yang Berlaku Di Daerah Itu Semalam
link : Ketua Polis Daerah Lipis: Dua Lelaki Maut Dalam Dua Kemalangan Berasingan Yang Berlaku Di Daerah Itu Semalam
Ketua Polis Daerah Lipis: Dua Lelaki Maut Dalam Dua Kemalangan Berasingan Yang Berlaku Di Daerah Itu Semalam
LIPIS: Dua lelaki maut dalam dua kemalangan berasingan yang berlaku di daerah ini, semalam. Kejadian pertama kira-kira jam 1.30 tengah hari di Kilometer 95, Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Kampung Merapoh membabitkan seorang warga emas, Safein Ab Rahman, 66, yang maut selepas kereta Perodua Kancil dipandunya bertembung dengan sebuah bas ekspres.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man, berkata bas yang membawa 15 penumpang itu dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Klang, Selangor ketika kemalangan berlaku.
Beliau berkata, kereta dipandu mangsa dipercayai keluar secara tiba-tiba dari simpang sebelum dirempuh bas terbabit.
"Akibat rempuhan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya yang turut berada dalam kenderaan cedera dan dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan.
"Dalam kejadian kedua pada jam 2.28 petang di Kilometer 18, Jalan Lipis-Jerantut berhampiran Kampung Lentang, seorang pemandu treler, Shahfik Fanzi Rosli, 41, dari Bukit Katil, Melaka maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan.
"Treler dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh tajam sebelum terbalik dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori Isuzu.
"Sebuah kereta Honda Jazz yang berada di belakang lori itu cuba mengelak, namun turut terbabit kemalangan. Pemandu lori Isuzu cedera dan dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan, manakala pemandu Honda Jazz tidak cedera," katanya.
Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan. #BeritaHarian
Demikianlah Artikel Ketua Polis Daerah Lipis: Dua Lelaki Maut Dalam Dua Kemalangan Berasingan Yang Berlaku Di Daerah Itu Semalam
Anda sekarang membaca artikel Ketua Polis Daerah Lipis: Dua Lelaki Maut Dalam Dua Kemalangan Berasingan Yang Berlaku Di Daerah Itu Semalam dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/03/ketua-polis-daerah-lipis-dua-lelaki.html

0 Response to "Ketua Polis Daerah Lipis: Dua Lelaki Maut Dalam Dua Kemalangan Berasingan Yang Berlaku Di Daerah Itu Semalam"
Catat Ulasan