Loading...

Kurangkan BUDI95 Daripada 300 Liter Kepada 200 Liter Sebulan, Langkah Bebankan Rakyat Ketika Kos Sara Hidup Masih Tinggi

Loading...
Kurangkan BUDI95 Daripada 300 Liter Kepada 200 Liter Sebulan, Langkah Bebankan Rakyat Ketika Kos Sara Hidup Masih Tinggi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kurangkan BUDI95 Daripada 300 Liter Kepada 200 Liter Sebulan, Langkah Bebankan Rakyat Ketika Kos Sara Hidup Masih Tinggi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kurangkan BUDI95 Daripada 300 Liter Kepada 200 Liter Sebulan, Langkah Bebankan Rakyat Ketika Kos Sara Hidup Masih Tinggi
link : Kurangkan BUDI95 Daripada 300 Liter Kepada 200 Liter Sebulan, Langkah Bebankan Rakyat Ketika Kos Sara Hidup Masih Tinggi

Baca juga


Kurangkan BUDI95 Daripada 300 Liter Kepada 200 Liter Sebulan, Langkah Bebankan Rakyat Ketika Kos Sara Hidup Masih Tinggi

KUANTAN: Keputusan kerajaan mengurangkan kelayakan subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan disifatkan sebagai langkah membebankan rakyat ketika kos sara hidup masih tinggi.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, pengurangan itu berisiko menyebabkan rakyat menanggung tambahan kos sehingga sekitar RM188 sebulan sekiranya harga petrol menghampiri paras pasaran tanpa subsidi.

Menurut beliau, walaupun konflik geopolitik antara Iran dan Amerika Syarikat memberi kesan kepada ketidaktentuan harga minyak dunia, kerajaan seharusnya tampil dengan solusi yang lebih melindungi rakyat, bukannya mengurangkan subsidi.

“Dalam keadaan inflasi yang masih dirasai melibatkan kenaikan harga makanan, pengangkutan dan keperluan asas, langkah ini akan memberi kesan berantai kepada kos sara hidup rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, peningkatan kos bahan api akan memberi kesan langsung kepada kos logistik, harga barangan serta perbelanjaan harian, khususnya di negeri seperti Pahang yang majoriti penduduknya bergantung kepada kenderaan persendirian.

Katanya, golongan pekerja luar bandar, peneroka Felda, peniaga kecil serta anak muda yang berulang-alik jauh antara paling terkesan dengan keputusan tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mempertimbangkan langkah alternatif termasuk memperkukuh subsidi bersasar, memanfaatkan dividen syarikat berkaitan kerajaan, memperketat kawalan kos logistik serta melaksanakan intervensi bagi mengekang inflasi import.

“Sepatutnya dalam situasi tekanan ekonomi global, kerajaan memperkukuh perlindungan kepada rakyat, bukannya mengecilkan manfaat subsidi,” ujarnya.

Beliau menegaskan, jika pendekatan mengurangkan bantuan kepada rakyat terus dilaksanakan, rakyat mempunyai hak untuk membuat ‘penyelarasan’ dalam Pilihan Raya Umum ke-16 nanti.

“Kerajaan boleh menyelaraskan subsidi, tetapi rakyat juga boleh ‘menyelaraskan’ kerajaan,” katanya.#HarakahDaily



Demikianlah Artikel Kurangkan BUDI95 Daripada 300 Liter Kepada 200 Liter Sebulan, Langkah Bebankan Rakyat Ketika Kos Sara Hidup Masih Tinggi

Sekianlah artikel Kurangkan BUDI95 Daripada 300 Liter Kepada 200 Liter Sebulan, Langkah Bebankan Rakyat Ketika Kos Sara Hidup Masih Tinggi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kurangkan BUDI95 Daripada 300 Liter Kepada 200 Liter Sebulan, Langkah Bebankan Rakyat Ketika Kos Sara Hidup Masih Tinggi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/03/kurangkan-budi95-daripada-300-liter.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kurangkan BUDI95 Daripada 300 Liter Kepada 200 Liter Sebulan, Langkah Bebankan Rakyat Ketika Kos Sara Hidup Masih Tinggi"

Catat Ulasan

Loading...