Loading...

Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) Catat Sejarah Bila Menyantuni 40 Orang Pekak Yang Datang Dari Sekitar Pahang

Loading...
Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) Catat Sejarah Bila Menyantuni 40 Orang Pekak Yang Datang Dari Sekitar Pahang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) Catat Sejarah Bila Menyantuni 40 Orang Pekak Yang Datang Dari Sekitar Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) Catat Sejarah Bila Menyantuni 40 Orang Pekak Yang Datang Dari Sekitar Pahang
link : Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) Catat Sejarah Bila Menyantuni 40 Orang Pekak Yang Datang Dari Sekitar Pahang

Baca juga


Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) Catat Sejarah Bila Menyantuni 40 Orang Pekak Yang Datang Dari Sekitar Pahang

KUANTAN: Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini yang sinonim dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan mencatat sejarah apabila julung-julung kali menyantuni 40 orang pekak yang datang dari sekitar Pahang.

Dalam program menyemarakkan Ramadan itu, komuniti pekak yang hadir lebih teruja apabila pengurusan MIASK menyelitkan ceramah agama dan diterjemahkan melalui bahasa isyarat.

Ceramah yang diterjemahkan oleh jurubahasa isyarat itu bagi membolehkan setiap orang pekak yang hadir benar-benar memahami isi kandungan ceramah.

Program anjuran MIASK itu dihadiri oleh komuniti pekak dari Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) dan Persatuan Orang Pekak Negeri Pahang (PADA).

Turut hadir pada program menyantuni komuniti pekak itu ialah Pengerusi MIASK, Izudin Muhamad Amin; Imam 1 MIASK, Izalludin Mat Nor dan Presiden MFD merangkap Presiden PADA, Mohd. Norhisham Aluwi.

Izudin ketika berucap menyatakan MIASK sedia mengadakan kerjasama dan aktiviti yang lebih luas bukan sahaja kepada orang pekak malah komuniti dari lain-lain kategori serta masyarakat umum.

“Menyantuni masyarakat termasuk komuniti pekak menjadi antara komponen penting aktiviti MIASK malah MIASK juga mengadakan serta mengalu-alukan pembabitan kariah dari luar KotaSAS dan dari semasa ke semasa memang ada program melibatkan kariah setempat dan kariah luar,” katanya.

Di samping itu, kata Izudin, ketika setiap komuniti bergembira termasuk menjelangnya 1 Syawal, jangan sekali-kali lupa bahawa ada orang lain yang dalam kesedihan serta kesusahan maka menjadi kewajipan setiap umat Islam membantu mereka.

Pada program berkenaan, MFD dan PADA turut membuka reruai jualan bagi memperkenalkan produk yang dihasilkan termasuk buku Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), baju dan barangan lain.

Sementara itu, imam MIASK, Izalludin dalam ceramahnya menyentuh mengenai pentingnya Ramadan yang merupakan penghulu segala bulan.

Dalam pada itu, Mohd. Norhisham ketika ditemui berpuas hati dengan aktiviti MIASK menyantuni orang pekak.

Beliau berharap aktiviti sedemikian dapat diteruskan terutama melibatkan pengetahuan agama kerana kalangan orang pekak memang dahagakan ilmu agama #MalaysiaGazette



Demikianlah Artikel Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) Catat Sejarah Bila Menyantuni 40 Orang Pekak Yang Datang Dari Sekitar Pahang

Sekianlah artikel Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) Catat Sejarah Bila Menyantuni 40 Orang Pekak Yang Datang Dari Sekitar Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) Catat Sejarah Bila Menyantuni 40 Orang Pekak Yang Datang Dari Sekitar Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/03/masjid-imam-ash-shafie-kotasas-miask.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) Catat Sejarah Bila Menyantuni 40 Orang Pekak Yang Datang Dari Sekitar Pahang"

Catat Ulasan

Loading...