Judul : Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang Santuni Rakyat Berbilang Kaum Hadir Majlis Istana Terbuka Sempena Hari Raya Aidilfitri
link : Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang Santuni Rakyat Berbilang Kaum Hadir Majlis Istana Terbuka Sempena Hari Raya Aidilfitri
Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang Santuni Rakyat Berbilang Kaum Hadir Majlis Istana Terbuka Sempena Hari Raya Aidilfitri
KUALA LUMPUR: Rakyat berbilang kaum memenuhi pekarangan Istana Abdulaziz, Kuantan, untuk menghadiri majlis istana terbuka sempena Aidilfitri, hari ini.
Menurut satu hantaran dalam Facebook oleh Kesultanan Pahang, orang ramai telah hadir dari seawal jam 10 pagi.
Malah, mereka tidak melepaskan peluang bertemu Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang berkenan menyantuni tetamu hadir.
Antara menu istimewa disediakan pada majlis itu ialah nasi tomato, opor daging, ayam masak merah dan dendeng.
Selain itu, tetamu turut disajikan nasi dagang, laksa Pahang, kuetiau goreng, mi goreng dan sate, selain manisan seperti kek serta biskut.#BeritaHarian
Demikianlah Artikel Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang Santuni Rakyat Berbilang Kaum Hadir Majlis Istana Terbuka Sempena Hari Raya Aidilfitri
Anda sekarang membaca artikel Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang Santuni Rakyat Berbilang Kaum Hadir Majlis Istana Terbuka Sempena Hari Raya Aidilfitri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/03/sultan-pahang-tengku-ampuan-pahang.html

0 Response to "Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang Santuni Rakyat Berbilang Kaum Hadir Majlis Istana Terbuka Sempena Hari Raya Aidilfitri"
Catat Ulasan