Loading...

Insiden Kes Kematian: UMNO Bentong Minta Kementerian Pertahanan Agar Memberi Perhatian Serius Terhadap Isu Buli Di Kem Tentera

Loading...
Insiden Kes Kematian: UMNO Bentong Minta Kementerian Pertahanan Agar Memberi Perhatian Serius Terhadap Isu Buli Di Kem Tentera - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Insiden Kes Kematian: UMNO Bentong Minta Kementerian Pertahanan Agar Memberi Perhatian Serius Terhadap Isu Buli Di Kem Tentera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Insiden Kes Kematian: UMNO Bentong Minta Kementerian Pertahanan Agar Memberi Perhatian Serius Terhadap Isu Buli Di Kem Tentera
link : Insiden Kes Kematian: UMNO Bentong Minta Kementerian Pertahanan Agar Memberi Perhatian Serius Terhadap Isu Buli Di Kem Tentera

Baca juga


Insiden Kes Kematian: UMNO Bentong Minta Kementerian Pertahanan Agar Memberi Perhatian Serius Terhadap Isu Buli Di Kem Tentera

BENTONG: UMNO Bahagian Bentong menggesa Kementerian Pertahanan agar memberi perhatian serius terhadap isu buli di kem tentera susulan insiden kematian seorang anggota, Muhammad Amirul Raziq Rosafindi, 24, yang dipercayai menjadi mangsa pukul di Kem Tentera Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja di sini.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh berkata, kejadian itu mendukacitakan kerana ia merupakan kali pertama berlaku bukan sahaja di Bentong malah di negeri Pahang.

Jadi beliau berkata, pihak kementerian perlu mengambil langkah tegas supaya isu buli tidak menjadi masalah berlarutan yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.

“UMNO Bahagian Bentong kesal dengan insiden ini dan berharap ia tidak berulang. Kita minta Kementerian Pertahanan ambil serius isu buli di kem tentera kerana ia melibatkan kematian.

“Kita menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berwajib untuk tindakan pendakwaan dan siasatan lanjut,” katanya di sini.

Mohamad Zaini berkata, UMNO Bahagian Bentong turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Pada Sabtu, media melaporkan, Prebet Muhammad Amirul Raziq yang sebelum ini dilaporkan parah akibat dipukul di Kem Tentera Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja Bentong disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital di Temerloh kira-kira pukul. 9.45 pagi.

Terdahulu, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas dipercayai dipukul oleh seorang anggota berpangkat koperal dalam kejadian pada 31 Mac lalu. #UMNOnline



Demikianlah Artikel Insiden Kes Kematian: UMNO Bentong Minta Kementerian Pertahanan Agar Memberi Perhatian Serius Terhadap Isu Buli Di Kem Tentera

Sekianlah artikel Insiden Kes Kematian: UMNO Bentong Minta Kementerian Pertahanan Agar Memberi Perhatian Serius Terhadap Isu Buli Di Kem Tentera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Insiden Kes Kematian: UMNO Bentong Minta Kementerian Pertahanan Agar Memberi Perhatian Serius Terhadap Isu Buli Di Kem Tentera dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/04/insiden-kes-kematian-umno-bentong-minta.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Insiden Kes Kematian: UMNO Bentong Minta Kementerian Pertahanan Agar Memberi Perhatian Serius Terhadap Isu Buli Di Kem Tentera"

Catat Ulasan

Loading...